Sambal Merah Kismis

Saiz hidangan: 8
Tempoh penyediaan: 20 minit

Bahan-bahan:
12 cili merah
2 sudu besar minyak
10 cili burung
5 ulas bawang putih
150g tomato ceri
20g belacan bakar
70g California Natural Raisins
1 sudu kecil garam
12 limau nipis, diperah jusnya
Kulit limau nipis (daripada 7 biji), dihiris halus
2 bunga kantan, dihiris halus

Cara Membuatnya:
1. Belah dan buang biji daripada enam cili merah sahaja. Hiris kesemua cili dengan anggaran 3cm panjang.
2. Panaskan minyak dalam kuali dan tumis cili merah, cili burung berserta bawang putih sehingga layu.
3. Tambah tomato ceri dan belacan, goreng lagi dua ke tiga minit. Kemudian, masukkan pula kismis. Biarkan seminit dan angkat. Sejukkan selama 10 minit.
4. Masukkan semua bahan goreng di dalam pencencang makanan elektrik. Tambah garam, jus limau dan kulit limau. Cencang sehingga sebati (tetapi tidak terlalu lumat).
5. Kemudian masukkan sambal dalam mangkuk dan campur dengan hirisan bunga kantan. Kacau. Hidang bersama sayuran mentah, ayam goreng, keropok ikan dan pelbagai lagi.
6. Sambal juga boleh diisi dalam jar kering dan bersih selama seminggu jika disimpan dalam peti sejuk.

Resipi: Chef Rohani Jelani 

The post Sambal Merah Kismis appeared first on Her Inspirasi.

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment