Saiz hidangan: 4
Tempoh penyediaan: 30 minit

Bahan-bahan:
1 susu pekat, dimasak selama dua jam di dalam periuk berisi air mendidih dan biarkan sejuk sebelum dibuka
10 pisang, dihiris nipis
500ml krim putar
½ cawan mentega tanpa garam, dicairkan
½ cawan gula pasir
¼ cawan gula perang
1 sudu kecil ekstrak vanila
1 cawan tepung pelbagai guna
¾ cawan whole-rolled oats
Secubit garam
Cara Membuatnya:
1. Panaskan ketuhar pada suhu 200 darjah Celsius. Lapik dulang pembakar lapan inci dengan kerajang aluminium dan sembur dengan cooking spray. Ketepikan.
2. Campurkan mentega cair bersama gula dan ekstrak vanila di dalam mangkuk besar. Pukul rata.
3. Kemudian tambahkan tepung, oat, garam dan kacau sebati. Adunan ini akan menghasilkan crumble.
4. Ratakan adunan crumble ke dalam dulang pembakar dan bakar sehingga menjadi perang keemasan. Ketepikan.
5. Di dalam mangkuk atau cawan, masukkan crumble diikuti dengan pisang berkaramel dan krim. Buat lapisan hingga penuh.
6. Biarkan Banoffee yang telah siap di dalam peti sejuk dan sedia untuk dihidang.
Resipi: Ili Sulaiman
The post Pemanis Mulut Banoffee oleh Ili Sulaiman appeared first on Her Inspirasi.

0 comments :
Post a Comment