Secuit saja, kemasan wajah sempurna semula jadi tanpa warna dan asas yang tebal.
Tinggalkan seketika solekan berlebihan dengan mainan rona yang pelbagai sehingga wajah menjadi serba tidak kena. Berikan tumpuan untuk memiliki kecantikan natural dengan kanvas solekan yang mulus dan gebu persis selebriti terkenal yang menjadi idaman ramai.
Miliki solekan natural dan sempurna itu dengan koleksi terbaru Art Deco Natural Make-Up Revolution yang mampu menonjolkan bentuk wajah dan kecantikan wanita yang sebenar serta menyuntikkan keyakinan untuk tampil jelita sepanjang hari.
Koleksi ini terdiri daripada seleksi produk yang boleh digunakan secara solo ataupun kombinasi bersama produk lain dalam membina solekan yang memukau.
SOLEKAN LEBIH MUDAH DAN CEPAT

Multi Stick , ialah stick serba guna yang digunakan pada wajah dan bibir sebagai pembayang mata, gincu, penyerlah pipi, penyamar noda juga penyerlah kontur hidung. Ia mempunyai tekstur yang ringan, halus dan tidak melekit sebaik digunakan agar ia mudah diratakan dalam membina kompleksi wajah yang sekata dan tidak berbelak.
Selain itu, teksturnya yang ringan tidak menyumbat liang pori, sebaliknya wajah bebas bernafas dan solekan tidak luntur walaupun ketika anda melakukan aktiviti luar.
Saiznya yang mini sangat praktikal untuk diletakkan di dalam tas tangan agar mudah untuk anda kemaskan solekan setiap masa dan di mana saja biarpun sibuk dengan rutin harian. Hadir dengan enam pilihan rona yang berbeza, anda boleh pilih dan suai padankan mengikut kegunaan pada wajah serta tona kulit anda.
Produk ini boleh didapati di semua rangkaian SASA di seluruh negara.
The post MILIKI SOLEKAN MANIS BERSERI appeared first on Her Inspirasi.

0 comments :
Post a Comment