Inspirasi Daripada Pilihan Raya Ke-14, Rise Ini Kalilah Antara Filem Yang Harus Anda Tonton

Pada Isnin lalu, WebTVAsia, sebuah syarikat hiburan media ternama telah menjadi hos kepada lebih 1,600 tetamu yang hadir ke majlis tayangan perdana filem yang paling dinantikan rakyat Malaysia, Rise Ini Kalilah (‘Rise’).

‘Rise’ adalah sebuah filem cereka yang diadaptasi daripada kisah sebenar hasil idea daripada penerbit, Fred Chong dan ia bakal ditayangkan kepada umum mulai 13 September ini.

Filem ini akan membawa penonton menyusuri latar kehidupan anda sebagai rakyat Malaysia yang sentiasa bekerjasama bergabung tenaga demi mencapai matlamat untuk melahirkan rasa kasih terhadap negara. Ia menampilkan kisah daripada enam individu berlainan dan plot cerita tersebut akan saling berkait pada tarikh keramat, 9 Mei iaitu kemuncak Pilihan Raya Umum ke 14 yang menghidupkan semula suasana penuh debaran sewaktu berlangsungnya pilihan raya yang paling sengit dalam sejarah negara.

Majlis tayangan perdana itu turut dihadiri oleh Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo dan turut sudi merasmikan acara tersebut bersama penerbit Fred Chong; pengarah filem Saw Teong Hin, Nik Amir Mustapha, Prem Nath dan Pengerusi Only World Group Holdings Berhad (OWG), Tan Sri Richard Koh.

Turut memeriahkan tayangan perdana tersebut adalah pelakon utama yang membintangi filem ‘Rise’ antaranya Remy Ishak, Mira Filzah, Sangeeta Krishnasamy, Jack Tan, Shashi Taharan, Mark O’dea. Barisan selebriti lain yang turut hadir adalah Sweet Qismina, Mustaqim Bahadon, Sharifah Sakinah, Yana Samsudin, Datuk Jalaluddin Hassan, Tony Eusoff, Pushpa Narayan, Moon Yoong, David Anthony dan banyak lagi.

Majlis ini turut dimeriahkan dengan persembahan koir oleh pasukan koir SK Taman Megah yang menyanyikan lagu patriotik malar segar, Sejahtera Malaysia, Setia dan Gemilang. Persembahan tersbut telah menyentuh hati para tetamu yang hadir termasuklah Menteri Tenaga, Teknologi, Sains, Perubahan Iklim dan Alam Sekitar, Yeo Bee Yin dan Timbalan Menteri Wanita dan Pembangunan Keluarga, Hannah Yeoh dan Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

Sedikit mengenai filem ini, ia mengikuti kehidupan rakyat biasa yang bergabung demi matlamat yang sama, yakni, kasih terhadap negara. Menerusi enam cerita individu yang saling berkait, ia merakamkan suasana penuh ketegangan waktu akhir sebelum berlangsungnya pilihan raya umum yang terpenting dalam sejarah Malaysia. Setiap cerita akan menyingkap kesedaran tentang erti sebagai seorang rakyat Malaysia yang sebenar.

Untuk lebih maklumat terkini, anda boleh layari laman sesawang rasmi, media sosial, Facebook, Twitter dan Instagram.

The post Inspirasi Daripada Pilihan Raya Ke-14, Rise Ini Kalilah Antara Filem Yang Harus Anda Tonton appeared first on Her Inspirasi.

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment