“Berkejaran bintang di lautan. Nafas kesesakan. Membilang rindu dendam. Jangan hilang punca,”. Taktala tangan ini lincah menaip, terngiang-ngiang lagu yang pernah menjadi siulan suatu ketika dahulu. Irama yang mengangkat suara Liza Hanim sekali gus menjuarai vokal terbaik sewaktu Anugerah Juara Lagu-17 sekitar tahun 2003.
Arena hiburan tempatan menyaksikan ramai bakat baru lahir diibaratkan seperti cendawan tumbuh. Masing-masing hadir dengan bakat tersendiri tidak kira dalam bidang nyanyian, lakonan mahupun pengacaraan. Namun tidak semua dikurniakan bakat nyanyian dan lakonan dalam masa yang sama.
Terkenal dengan vokal memukau dan lakonan mantap, Liza Hanim atau nama sebenarnya Haliza Hanim Abdul Halim disifatkan antara penyanyi terbaik negara. Masakan tidak, namanya pernah merangkul Anugerah Piala Perak sempena festival muzik di Shanghai, China. Satu pencapaian yang wajar diangkat kerana mengharumkan nama negara hingga ke peringkat antarabangsa.
Pelakon filem KL Menjerit ini tidak mudah melatah apabila ditujukan soalan tentang rezeki sebagai penyanyi. Baginya, berbakti dalam dunia hiburan yang hanya berlandaskan wang ringgit semata-mata tidak menjamin kejayaan abadi namun jika ianya tulus ikhlas ingin membuatkan para peminatnya terhibur, itu adalah sesuatu yang perlu wajar diteladani.
“Walaupun tidak berada di baris hadapan seperti Datuk Siti Nurhaliza, Dayang Nurfaezah dan ramai lagi, ia bukan penghalang untuk saya terus aktif. = Mungkin nama Liza Hanim sudah tertulis rezekinya lambat tapi tidak bermaksud saya kena putus asa. Darah seni masih mengalir deras dalam tubuh ini dan tidak mungkin dapat berhenti. Bukan tidak pernah merancang, malah saya pernah muncul dengan album single pada 2014 namun Allah berikan saya rezeki lebih besar iaitu hamil anak keempat. Tahun ini pula, saya mahu lancarkan album terbaru namun GV pula yang berlaku dulu. Ini semua ketentuanNya. Siapalah kita mahu mempersoalkan apa yang diberi. Kita hanya mampu merancang,” jelasnya lagi.
The post “Darah Seni Mengalir Deras dan Tidak Akan Berhenti”- Liza Hanim appeared first on Her Inspirasi.

0 comments :
Post a Comment