Cara Didik Anak Ikut Peringkat Umur

Ibu bapa hari ini perlu lebih bersedia dengan pelbagai ilmu untuk terus mendekati, membimbing dan bersama anak dalam meneruskan hidup. Jangan dilarang jika tidak berkenan sebaliknya nyatakan fakta yang perlu kenapa wajarnya larangan itu. Tidak pernah ada istilah terlambat dalam menegur dan menasihati anak. Penting bagi ibu bapa untuk sentiasa peka, berusaha, solat dan doa.

membimbing

Kredit : Ingimage

Ada empat cara mendidik anak seperti yang diajar oleh Rasulullah SAW berdasarkan empat peringkat umur anak.

  1. Umur satu hingga enam tahun.
  • Memanjakan, mengasihi dan menyayangi anak dengan kasih sayang yang tidak berbatas.
  • Meluangkan masa melakukan aktiviti bersama mereka.
  • Tidak boleh dirotan sekiranya mereka melakukan kesalahan walaupun atas dasar untuk mendidik.

Kesannya:

  • Anak lebih dekat dengan ibu bapa dan boleh dianggap sebagai rakan dan rujukan yang terbaik.
  • Anak akan lebih tahu dan percaya mereka mempunyai ibu bapa di sisi mereka setiap masa.
  1. Umur tujuh hingga 14 tahun.
  • Tanamkan nilai disiplin dan tanggungjawab dalam diri anak-anak.
  • Sabda Rasulullah SAW: “Perintahlah anak kamu supaya mendirikan sembahyang ketika berusia tujuh tahun dan pukullah mereka kerana meninggalkan sembahyang ketika berumur sepuluh tahun dan asingkanlah tempat tidur di antara mereka (lelaki dan perempuan).
  • Memukul untuk mengajar bukan untuk menyeksa, cuma sekadar untuk memberi pengajaran kepada mereka.

Kesannya:

  • Anak lebih bertanggungjawab pada setiap suruhan terutama dalam mendirikan solat.
  • Bila solat menjadi rutin harian si anak, maka ia mampu menjadikan si anak individu yang baik kerana janji Allah sesungguhnya solat itu mampu mencegah daripada melakukan perbuatan keji dan mungkar.
  1. Umur 15 hingga 21 tahun.
  • Berkawan – banyakkan berborak dan berbincang dengan anak.
  • Jadilah pendengar yang setia kepada anak.
  • Elakkan mengherdik atau memarahi anak terutama di hadapan adik-beradik yang lain.
  • Banyakkan pendekatan secara diplomasi.

Kesannya:

  • Tiada orang ketiga atau ‘asing’ akan hadir dalam hidup mereka sebagai tempat rujukan dan pendengar masalah mereka.
  • Anak tidak akan terpengaruh untuk keluar rumah mencari keseronokan memandangkan semua kebahagiaan dan keseronokan ada di dalam rumah bersama keluarga.
  1. Umur anak 21 tahun dan ke atas.
  • Memberikan sepenuh kepercayaan dalam membuat keputusan.
  • Perlu pantau, nasihatkan dengan diiringi doa agar setiap hala tuju yang diambil mereka adalah betul.

Kesannya:

  • Anak akan menjadi lebih matang dan mahir menghadapi kehidupan.
  • Hubungan ibu bapa dan anak akan sentiasa rapat dan mesra.

 

The post Cara Didik Anak Ikut Peringkat Umur appeared first on Her Inspirasi.

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment