Sup Labu Bersama Mangkuk Roti

Saiz hidangan: 4
Tempoh penyediaan: 1 jam 30 minit

Untuk Mangkuk Roti

Bahan-bahan:
170ml air suam
250g tepung tinggi protein
65g tepung gandum
2 sudu besar lemak sayuran
3 sudu kecil gula
½ sudu kecil garam
2 sudu besar susu tepung
1 ½ sudu kecil yis segera

Cara Membuatnya:
1. Untuk menyediakan roti, masukkan semua bahan dalam mesin pembuat roti. Boleh juga diuli menggunakan tangan. Kemudian bahagikan doh kepada dua bahagian (setiap bahagian kira-kira 200g).
2. Bentukkan doh menjadi bulat atau segi empat dan letakkan di atas dulang pembakar yang telah disapu marjerin.
3. Biarkan doh naik selama 40 minit. Doh yang naik menyebabkan bentuk bulat menjadi leper. Bentukkan semula doh menjadi bulat, sekiranya tidak menggunakan sebarang acuan.
4. Bakar doh dalam ketuhar yang sudah dipanaskan pada suhu 160 darjah Celsius selama 30 minit atau hingga kulit roti menjadi coklat keperangan. Biarkan di atas redai.
5. Kemudian potong bahagian atas roti dengan pisau dan keluarkan isi dalam roti.

Untuk Sup Labu

Bahan-bahan:
½ labu sederhana besar, dikupas kulit dan dipotong nipis
1 lobak merah, dibuang kulit dan dipotong kecil
1 batang saderi, dipotong kecil
1 bawang holland, dipotong wedges
5 ulas bawang putih
2 sudu besar minyak zaiton
1 cawan air
2 cawan susu segar atau krim masakan

Cara Membuatnya:
1. Gaul kesemua bahan (kecuali air dan susu segar) dan susun di atas loyang.
2. Bakar di dalam ketuhar pada suhu 250 darjah Celsius selama 30 minit atau hingga semua bahan lembut.
3. Keluarkan daripada ketuhar dan biarkan sejuk seketika.
4. Kemudian kisar hingga lumat dengan satu cawan air.
5. Tuangkan ke dalam periuk dan masak hingga mendidih. Tambah air sekiranya sup terlalu pekat.
6. Seterusnya, masukkan susu segar atau krim masakan.
7. Perasakan dengan garam dan serbuk lada hitam mengikut cita rasa.
8. Tutup api setelah sup mengeluarkan wap (tidak perlu dimasak hingga mendidih selepas memasukkan susu segar atau krim masakan).
9. Tuangkan sup ke dalam mangkuk roti yang telah disediakan tadi dan sedia untuk dihidang.

* Resipi oleh Zulfa Zainal Abidin

The post Sup Labu Bersama Mangkuk Roti appeared first on Her Inspirasi.

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment