Skuad Selebriti Shopee Tambah 5 Jenama Selebriti Tempatan

Jika sebelum ini barisan skuad selebriti Shopee menampilkan jenama daripada lima selebriti terkenal iaitu, Datuk Seri Siti Nurhaliza, Nora Danish, Izara Aishah, Emma Maembong dan Elfira Loy kini skuad selebriti Shopee telah memperluaskan rangkaiannya dengan penambahan lima lagi jenama selebriti yang lain.

Skuad Selebriti Shopee

Menampilkan Dynas Mokhtar, Zoey Rahman, Siti Sarah, Shuib Sepatu dan Ummi Nazeera, Skuad Selebriti Shopee yang dilancarkan pada bulan Mei yang lalu kini telah mempunyai 11 jenama selebriti Malaysia untuk lebih kurang 10 juta pengguna di Malaysia.

Lima penyertaan terbaru dalam barisan Skuad Selebriti Shopee adalah:

Dynas Mokhtar,model, pelakon, pengacara TV dan juruacara majlis ini memperkenalkan jenama fesyen untuk penyusuan bayi DNA by Dynas.

Zoey Rahman, pelakon, pengacara profesional dan model di Malaysia memperkenalkan jenama Mika Series yang berkongsi rahsia gaya hidup lebih sihat dengan orang ramai.

Shuib Sepatu, bekas juara Maharaja Lawak Mega pada tahun 2013 dengan jenama Bee Factory dan isterinya, Siti Sarah dengan jenama kosmetik, PinkyPinky.

Ummi Nazeera, pelakon muda berbakat ini memperkenalkan jenama fesyen Muslimah, Nazeera.

Pengguna Shopee pasti menantikan lebih ramai lagi selebriti yang akan menyertai Skuad Selebriti Shopee yang akan terus berkembang dan mengukuhkan kedudukan Shopee dalam industri e-dagang.

Bagi meraikan penyertaan lima selebriti yang baharu menyertai Skuad Selebriti Shopee ini, Shopee akan menganjurkan Jualan Pertengahan Musim dari 6 hingga 9 Ogos 2018 yang membolehkan pengguna menikmati potongan harga 25 peratus kepada RM50 dengan menggunakan kod baucar CELEBAUG dan penghantaran percuma daripada jenama selebriti kegemaran mereka. Jualan ini tertakhluk kepada terma dan syarat.

Jika anda ingin mendapatkan lebih banyak info lanjut, layari laman sesawang Shopee atau muat turut aplikasi Shopee secara percuma menerusi Apple App Store atau Google Play Store.

Gambar: Instagram

The post Skuad Selebriti Shopee Tambah 5 Jenama Selebriti Tempatan appeared first on Her Inspirasi.

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment