Jangan lupa menjaga dan merawat rambut ketika anda sedang berpergian. Barulah gambar swafoto anda terlihat lebih sempurna dan terletak.
Tetapi delima yang sering dihadapi ialah anda tidak boleh membawa kesemua produk rambut anda kerana ruangan bagasi yang terhad. Untuk itu, anda harus tahu dan bijak memilih produk yang serba guna dan mudah digunakan untuk penjagaan rambut anda nanti.
Selain itu, ketahui juga apakah tip dan trik cantik yang anda boleh amalkan sepanjang berpergian agar rambut kekal sihat dan cantik bersinar.
PELAJARI STAIL RAMBUT YANG PRAKTIKAL
Bagi anda yang tidak berhijab, pelajari beberapa gaya rambut yang mudah dan praktikal untuk digayakan. Yang penting harus selesa sepanjang hari. Bukan itu sahaja, anda juga boleh menjimatkan masa, tidaklah meluangkan masa terlalu lama hanya untuk membega rambut.
PELEMBAP RAMBUT SEBELUM TIDUR
Bila anda sedang berpergian terutama di destinasi yang berbeza suhu dan iklim, anda wajib menyapukan pelembap pada rambut sebelum tidur. Ini penting untuk memelihara rambut agar ia tidak rosak, pecah pada hujungnya dan kering.

LINDUNGI RAMBUT ANDA
Jika anda ingin ke pantai, boleh cuba petua ini. Campurkan sedikit perapi rambut bersama air dan letakkan di dalam botol semburan. Sebelum anda berenang, semburkan sedikit agar rambut tidak rosak dek air klorin. Manakala, jika anda bercuti di tempat yang bersuhu tinggi dan panas, jangan lupa mengenakan topi agar tidak terkena panahan UV yang bahaya. Rambut boleh menjadi kering dan cepat luntur.
Tip:
- Jangan lupa untuk membawa klip rambut, cekak dan skarf untuk sebagai aksesori pelengkap gaya rambut anda.
- Bagi yang bertudung, pakai tudung daripada kain kapas dan ringan agar ia mudah menyerap peluh.
- Untuk mengatasi masalah rambut tidakbermaya, guna syampu kering untuk mengurangkan masalah kulit kepala berminyak. Alternatif lain, anda juga boleh menggunakan bedak talkum untuk menyerap minyak pada rambut. Tabur bedak pada akar rambut.
The post Rambut Sihat Bersinar Kala Kembara appeared first on Her Inspirasi.

0 comments :
Post a Comment