Peneraju teknologi global, Xiaomi kini memperkenalkan peranti Android One terbaru, Mi A2 pada 31 Julai 2018. Berikutan dengan kejayaan pelancaran Mi A1 pada September 2017 di Malaysia, peranti ini ditetapkan untuk membawa siri Xiaomi Android One ke tahap yang lebih baru terutama sekali dengan pengalama fotografi yang ditawarkan.
Dilengkapkan dengan dua kamera 12 MP + 20MP di bahagian belakang dan kamera 20MP di bahagian hadapan. Ia dikuasaka oleh Qualcomm® Snapdragon TM660 SoC dengan Qualcomm® Artificial Intelligence Engine (AIE). Sebagai manfaat kepada siri Android One, peranti ini akan mempunyai storan foto berkualiti tinggi tanpa had dengan Google Photo. Kini, anda boleh merakam momen indah anda tanpa perlu bimbang tentang kehabisan memori.
Mi A2 boleh didapati dalam dua versi dengan harga berikut: 4GB + 64GB untuk RM999 manakala 6GB + 128GB dijual denga harga RM1199. Anda boleh mendapatkan telefon pintar ini di semua kedai Mi, Lazada dan Shopee.
Jika anda sukakan telefon pintar yang lebih kecil, Mi A2 Lite adalah pilihan yang sesuai. Ia lengkap dengan pakej dual kamera 12MP + 5MP dan bateri saiz besar, 4,000mAh. Telefon pintar ini boleh didapati dalam 3 GB + 32GB untuk harga RM699. Telefon pintar ini boleh didapati di semua kedai Mi dan Lazada bermula 18 Ogos.
Ciri Utama Mi A2:
- Badan aluminium dengan panel belakang yang melengkung.
-Ukuran ketebalan adalah 7.3mm
- Paparan skrin penuh 5.99 inci 19:9
-2.5D Corning® Gorilla® Glass Five panel
- Dwi Kamera 12MP +20 MP AI
-Sensor 20 MP dengan teknologi Super Fixel dan ƒ/ 1.75 aperture besar
- Kamera hadapan 20MP Sony IMX376
-Teknologi Super Pixel
- Platform Qualcomm® Snapdragon TM660 dengan AIE
- RAM 4GB dengan penyimpanan dalaman 64GB dan 6GB RAM dengan storan dalaman 128GB
- Bateri 3000mAh, port USB jenis-C
- Sensor cap jari di bahagian belakang
- Boleh didapati dalam warna hitam, emas dan biru
- Pure Android 8.1
Ciri Utama Mi A2 Lite:
- Paparan skrin penuh, 5.84 inci 19:9
- Dwi Kamera 12MP +5MP AI
-12MP kamera dilengkapi dengan sensor pixel besar, 1.25µm dan pengesan autofokus.
- Kamera hadapan 5MP
-Menyokong mod potret AI
- Platform Qualcomm® Sanpdragon TM625
- RAM 3GB dengan penyimpanan dalaman 32 GB
- Bateri 4000mAh, port USB jenis-C
- Sensor cap jari di belakang
- Terdapat dalam warna hitam, emas dan biru
- Pure Android 8.1
The post Rakamkan Swafoto Terbaik Dengan Xiaomi Mi A2 appeared first on Her Inspirasi.
0 comments :
Post a Comment