Nostagia Batik Mengimbau Kenangan

Baju dan fesyen silih berganti, tapi satu item yang takkan lapuk dek waktu dan pudar dengan zaman adalah kain batik – helaian yang sukar lekang daripada segi keutuhan fabrik, warna dan kegunaannya.

Tidak melampau  saya katakan, jika diberi pilihan helaian dalam almari yang anda akan serah atau sedekahkan, benda lain mungkin boleh dilepaskan tetapi kain batik akan tetap dalam simpanan. Malah, ianya menjadi hadiah perkahwinan paling utama bagi masyarakat di Terengganu, bercakap daripada pengalaman sendiri sebagai menantu jejaka Kampung Serada. Hari sambut menantu cukup istimewa dengan bingkisan kain batik daripada saudara dekat dan jauh serta jiran tetangga, sehingga kini masih digunakan terutamanya waktu dalam pantang selepas bersalin, juga bila berurut.

Nostalgia lebih kurang sama yang turut disisipkan jenama tudung lokal, dUCk untuk meraikan Merdeka 2018. Jika tahun lalu, kuih tradisional dipertaruhkan dalam corak selendang edisi terhadnya, minggu menyusul ke 31 Ogos kali ini menyaksikan dUCk melancarkan rangkaian serba meriah batik kesayangan ramai.

Kisah yang dimulakan cukup mudah dan mungkin kena dengan kisah sesiapa saja, terutama mereka yang rapat dengan Nenda. “Bila Tok Ma meninggal dunia, saya sedekahkan hampir kesemua pakaiannya, tetapi hanya satu item saya simpan buat kenang-kenangan. Saya pilih untuk simpan satu daripada pakaian kesayangannya – sehelai kain batik. Tanpa saya sedari, betapa signifikannya sehelai kain batik itu, dan baru sekarang saya mampu menghargai keindahan dan kemampuannya untuk menyatukan ramai orang – yang muda mahupun yang sudah berusia.

“Kain batik Tok Ma meninggalkan inspirasi vintaj di sebalik satu keraian yang amat penting di Malaysia, Hari Merdeka. Dengan elemen batik disisip bersama peta Malaysia dan jejak kaki si itik dUCk mewakili duckies (gelaran untuk peminat tudung dUCk) yang menjelajahi seluruh negara, Merdeka dUCK edisi terhad ini untuk rakyat Malaysia sempena Hari Kemerdekaan Malaysia.” kata D, pesona atau suara di sebalik Kumpulan dUCk.

Justeru, jenama ini melangsungkan satu acara istimewa dengan peminatnya bagi meraikan kekayaan budaya, warisan dan keunggulan batik di Muzium Negara Kuala Lumpur pada 29 Ogos lalu.

Koleksi edisi terhad istimewa ini hadir dalam lima rona menawan dengan nama istimewa, melambangkan keindahan bumi Malaysia – Senja, Rimba, Langit, Bumi dan Bunga dijual di rangkaian kedai dUCk dan rangkaian Fashion Valet pada harga RM300.

Lebih menarik, kotak yang hadir membungkusi setiap helaian Merdeka dUCk memiliki kemasan kilat pada bentuk Semenanjung Malaysia pada bahagian depan dan bila anda pusing pada belakangnya, efek dan tekstur tebal turut diberi pada lakaran bentuk Sabah & Sarawak.

Boleh dikatakan, ini adalah antara koleksi edisi terhad jenama lokal yang wajar anda miliki sebagaimana anda mengumpul kain batik kesayangan nenda dalam gerobok anda buat tatapan anak cucu nanti.

 

The post Nostagia Batik Mengimbau Kenangan appeared first on Her Inspirasi.

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment