Saiz hidangan: 4 – 6
Tempoh penyediaan: 1 jam 30 minit
Nasi Ulam
Bahan-bahan:
500g beras basmati, dimasak dan disejukkan
1 sudu kecil serbuk lada hitam
1 sudu kecil serbuk lada putih
2 sudu kecil garam
100g ikan kering, digoreng hingga garing dan dicencang halus
5 sudu besar kerisik
4 sudu besar bawang goreng
Bahan Campuran Herba
1 bunga kantan, dicencang halus
1 gengam daun pudina, dicencang halus
1 gengam daun ketumbar, dicencang halus
1 gengam daun pegaga, dicencang halus
2 serai, diambil bahagian putih dan dicencang halus
1 gengam daun kesum, dicencang halus
10 daun limau purut, dicencang halus
1 gengam daun selasih / kemangi, dicencang halus
2.5cm halia, dikupas dan dicencang halus
Cara Membuatnya:
1. Masukkan nasi putih, lada hitam, lada putih dan garam. Gaul rata.
2. Kemudian masukkan ikan kering dan kerisik. Gaul rata.
3. Masukkan kesemua herba dan gaulkan dengan cermat supaya nasi putih tidak hancur.
4. Alihkan ke atas pinggan dan taburkan bawang goreng.
Ayam Percik Berlada
Bahan-bahan:
1 ayam, dipotong empat
½ sudu garam
10 daun limau purut, dihiris halus
Bahan Pes Rempah
2 sudu besar minyak masak
4 serai
2.5cm lengkuas
5cm kunyit hidup / 1 sudu kecil serbuk kunyit
15 cili kering, direndam hingga lembut
1 bawang besar
2 ulas bawang putih
2 sudu besar santan
Jus daripada sebiii limau nipis
½ sudu kecil garam
Cara Membuatnya:
1. Kisar bahan pes rempah bersama 100ml air hingga halus.
2. Lumurkan garam ke atas ayam dan kukus selama 30 minit.
3. Panaskan kuali dengan api sederhana dan masukkan pes rempah yang sudah dikisar. Masak selama tiga minit. Tutup api.
4. Masukkan ayam yang telah dikukus ke dalam pes yang telah dimasak. Perap selama 30 minit atau semalaman untuk lebih enak.
5. Panaskan kuali bakar dan bakar ayam selama lima minit. Alihkan dan bakar untuk lima minit lagi.
6. Tuangkan kuah yang berlebihan di atas ayam semasa dihidang bersama nasi dan taburkan daun limau purut sebagai hiasan.
Salad Kobis dan Delima
Bahan-bahan:
¼ kobis ungu, dihiris halus
½ kobis putih, dihiris halus
½ delima
Jus daripada sebiji limau nipis
2 sudu besar minyak zaitun
1 sudu besar madu
Garam dan lada hitam, secukup rasa
Cara Membuatnya:
1. Masukkan semua bahan ke dalam mangkuk dan gaul hingga rata.
2. Hidangkan bersama Nasi Ulam dan Ayam Percik tadi.
The post Nasi Ulam & Ayam Percik oleh Chef Norman Musa appeared first on Her Inspirasi.
0 comments :
Post a Comment