Kuasa Gabungan Sains Dan Bahan Semula Jadi Untuk Kulit Anda

Kecantikan kini sinonim dengan kesihatan, apa yang anda makan adalah sama penting dengan apa yang anda letakkan di atas badan anda. Semuanya tentang bahan berprestasi tinggi gabungan daripada sains dan alam semula jadi yang berkesan untuk  memberikan rutin penjagaan kulit yang berkesan. Gedung kecantikan terkenal, Sephora SEA bakal menunjukkan kepada anda cara untuk menyelesaikan tiga kategori masalah kulit seperti Drink up ( untuk penghidratan), Glow up ( untuk pencerahan),  Fix up ( untuk merawat) dengan gabungan saintifik dan bahan semula jadi yang berkuasa.

Drink up (Penghidratan)

Pencegahan penuaan kulit adalah salah satu elemen penting dalam semua rutin penjagaan kulit. Penghidrat dapat dengan mudah diintegrasikan ke rejim penjagaan kulit sama ada dalam bentuk pembersih, toner, pelembah atau masker. Kulit yang terhidrat akan kelihatan lebih licin, lembut dan sihat. Selain daripada minum air, anda juga boleh pastikan kulit terhidrasi dengan bahan berikut:

  • Kelapa adalah multitasker kecantikan yang sangat menakjubkan. Selain daripada menghidratkan kulit, ia juga mempunyai kelebihan untuk menyejukkan dan menenangkan kulit ketika ia mengunci kelembapan.
  • Hyaluronic Acid (HA) adalah humectant yang kuat dan ia berlaku secara semula jadi berlaku dalam kulit anda. HA menarik dan menahan lebih banyak kelembapan, memastikan kulit sentiasa lembut dan terhidrasi.
  • Air bunga ros dapat membantu menenangkan kulit daripada iritasi ketika proses menghidratkan kulit. Air ini mempunyai sifat anti-radang semula jadi yang menjadikannya hebat untuk kulit sensitif

Produk yang disyorkan:

Saturday Skin Daily Dew Hydrating Essence Mist

Pixi Rose Blend Oil

Tarte Drink H20 Hydrating Boost

Glow up ( Pencerahan)

Bahan yang disenaraikan ini wajib mendapat tempat utama dalam rutin penjagaan kulit anda. Cerahkan dan dapatkan tona kulit yang lebih sekata untuk sentiasa kelihatan berseri. Jika anda mempunyai kulit yang sensitif, gunakan asid dan vitamin C pada hari yang berlainan. Jika tidak, anda boleh lapiskannya daripada yang paling ringan kepada yang paling berat untuk kulit yang lebih cantik.

  • Vitamin C dapat memberikan kulit anda antioksidan, menyekatakan tona kulit, mencerahkan kulit dan menangani tanda penuaan seperti garis halus dan bintik gelap.
  • Alpha Hydroxy Acid (AHAs) seperti asid laktik dan asid glikolik yang dapat membantu untuk mengelupaskan (exfoliate)  permukaan kulit, menjadikan kulit lebih halus dan licin.

Produk yang disyorkan:

Allies of Skin Fresh Slate Vitamin C & Enzyme Brightening Cleanser dan Masque

Fresh Vitamin Nectar Antioxidant Glow Water

Dr Jart Shaking Rubber Mask

Fix up (Merawat)

Untuk isu penjagaan kulit yang lebih khusus, rawat masalah kulit seperti tanda penuaan atau kulit berjerawat dengan bahan yang dikhususkan ini,

  • Arang berfungsi dengan baik untuk kulit yang kotor, kerana ia membantu detoks dan mengeluarkan kotoran, minyak berlebihan, bakteria dan kotoran tersumbat lain yang boleh menyebabkan jerawat
  • Teh hijau kaya dengan antioksidan, mempunyai ciri yang menenangkan dan anti-radang. Ia juga adalah astringen yang membantu mengurangkan pengeluaran sebum
  • Retinol mensasarkan pada kulit yang menunjukkan tanda penuaan, membantu meningkatkan perolehan sel kulit dan meningkatkan pengeluaran kolagen, mengatasi kedutan, liang pori besar dan bintik gelap.
  • Asid salisilik pula hebat untuk kulit yang berjerawat dan jeragat. Ia menembus jauh di bawah permukaan kulit untuk membersihkan liang dan mengurangkan minyak.

Produk yang disyorkan:

Sephora Exfoliating Cleansing Cream

Kate Somerville Tight’n Cyrogenic Tightening Gel

First Aid Beauty Active Charcoal Acne Cleanser

The post Kuasa Gabungan Sains Dan Bahan Semula Jadi Untuk Kulit Anda appeared first on Her Inspirasi.

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment