Zizan Razak dan aktres cantik Mira Filzah pernah digosipkan menjalin hubungan cinta apabila mereka dilihat saling meluah rindu menerusi pos Instagram story masing-masing tidak lama dulu. Namun, perkara itu dinafikan kedua-dua pihak.
Artikel berkaitan: ‘PU’ Jemput Mira Filzah Jumpa Mak, Ini Respon Zizan Razak..Terkena?
Kedua-duanya masih selesa merahsiakan apa yang terbuku di hati dan tidak mendedahkannya kepada peminat. Malahan, ada khabar yang mengatakan mereka sedang dalam proses persiapan menuju hari bahagia.
Tak ada perancangan kahwin dulu
Mira menerusi laporan Berita Harian menjelaskan gosip berkenaan sebagai tidak berasas, namun dia mengakui sedang berkawan rapat dengan Zizan. Mereka bagaimanapun masih belum mempunyai perancangan untuk melangkah ke gerbang perkahwinan kerana masing-masing mahu memberi fokus kepada kerjaya.
Kami mahu tenang-tenang dulu. Ada juga orang bertanya mengenai perkara itu, tetapi kami belum ada sebarang perancangan ke arah perkahwinan.
Zizan gemar melawak, kadang-kadang serius
Menurut heroin Rahsia Hati Perempuan ini, Zizan padanya seorang lelaki yang mudah didekati, namun dia sendiri sebagai wanita tidak terlalu mementingkan ciri-ciri tertentu untuk mencari pasangan.
Apa yang lebih penting bagi aktres ini adalah lelaki tersebut perlulah ikhlas dalam rumah tangga kerana institusi tersebut memerlukan kematangan kedua-dua pihak.
Saya selesa berkawan dengan Zizan kerana dia mempunyai ciri-ciri itu. Biarpun gemar berjenaka, ada masanya dia sangat serius dan itu yang membuatkan saya senang mendekatinya.
Sumber: Berita Harian
0 comments :
Post a Comment