Ini 5 Cara Mudah Untuk Didik Anak Menggunakan Sosial Media Dengan Selamat

Bukan mudah untuk menjadi ibu bapa masa kini dengan revolusi media sosial yang semakin maju. Kanak-kanak masa kini sudah semakin pintar dalam menggunakan media sosial dan melayari Internet. Tidak salah untuk mereka melakukan hal tersebut namun anda harus pastikan yang anak anda menggunakannya secara bertanggungjawab dan untuk melakukan itu, anda haruslah mendidik mereka dari mula. Oleh itu, Jelita kongsikan lima cara mudah untuk didik anak menggunakan media sosial dengan selamat.

Gambar: Shutterstock

Mulakan Perbincangan

Sebagai ibu bapa, anda lebih tahu mengenai anak anda. Duduk dengan mereka dan bincangkan tentang kebaikan dan keburukan media sosial- dari belajar menggunakan rangkaian sosial, mencari hiburan atau mewujudkan peluang. Belajar bersama anak tentang cara bagaimana media sosial boleh meluaskan pengetahuan mereka. Dalam perbualan yang sama, rancang pelan yang realistik untuk mengelakkan penyalahgunaan Internet. Gunakan bahasa yang paling mudah untuk anak anda fahami untuk mewujudkan dialog yang selamat dan terbuka.

Jika anak anda sudah tahu menggunakan Internet, ketahui laman dan aplikasi apa yang mereka gunakan, bagaimana aplikasi ini berfungsi dan sama ada mereka mempunyai cabaran ketika menggunakannya seperti hubungan dengan individu yang tidak dikenali atau buli siber). Biarkan anak anda tahu jika ada seseorang yang membuat mereka rasa tidak selesa atau ada yang mengatakan perkara yang tidak elok atau sesuai dan menyakitkan hati mereka di dalam talian, mereka tidak akan mempunyai sebarang masalah dengan anda. Mereka harus sentiasa berasa selesa untuk memberitahu anda tentang pengalaman negatif yang dilalui ketika di dalam talian dan tahu bahawa anda akan mencari jalan untuk membantu mereka.

Ketahui Etika Menggunakan Internet

Sama seperti terdapat peraturan sosial di dalam komunit tempatan anda, terdapat juga peraturan asas dalam talian yang harus anda patuhi. Perkara penting untuk anda tanya kepada diri sendiri-‘adakah saya patut menyiarkan kenyataan atau gambar ini? ‘dan adakah seseorang akan terluka atau tersinggung dengan kenyataan ini?’ Ambil masa 10 atau 30 saat untuk mengkaji semula apa yang anda siarkan di dalam talian atau media sosial dan akibat menyiarkan kenyataan tersebut adalah sebahagian daripada tanggungjawab anda. Jika sesuatu perkara itu tidak akan anda kongsikan bersama keluarga, mungkin ia adalah lebih baik untuuk tidak kongsikannya secara dalam talian.

 Buat Peraturan Dengan Kesedaran Bahawa Anda Tidak Boleh Memantau Aktiviti Dalam Talian Anak 

Buat peraturan menggunakan sosial media untuk memastikan anak anda selamat dan pintar. Buat peraturan seperti anak anda mesti meminta kebenaran anda sebelum memuat turun sebarang aplikasi pada gajet mudah alih mereka. Jika anda anda mahu menyertai platform media sosial, tetapkan tetapan keselamatan profil bersama untuk memilih tetapan yang anda selesa.

Nasihati Anak Untuk Tidak Berkongsi Kata Laluan

Ini termasuklah kawan baik dan teman lelaki atau teman wanita. Berkongsi kata laluan berpotensi akan merosakkan identiti dalam talian  anak anda dan ia adalah lebih baik jika kata laluan tersebut disimpan untuk kegunaan peribadi mereka sendiri.

Tetapkan Had Umur Pada Telefon Pintar, Komputer Riba, Tablet Dan Komputer

Sebagai ibu bapa, anda boleh menetapkan had umur pada gajet anak anda dan melumpuhkan kemampuan mereka untuk memuat turun atau membeli aplikasi dan program tertentu. Kini, perisian semakin maju dan ibu bapa harus membiasakan diri dengan manual pengguna untuk memahami bagaiama ia berfungsi dan dengan itu ia dapat mewujudkan persekitaran yang selamat untuk anak anda.

The post Ini 5 Cara Mudah Untuk Didik Anak Menggunakan Sosial Media Dengan Selamat appeared first on Her Inspirasi.

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment