Betapa besar dan sucinya cinta seorang pemuda yang menikahi isterinya walaupun pada ketika itu isterinya sedang bertarung nyawa kerana menghidap kanser tahap empat.
Penyakit yang dihidapi isterinya bukanlah penghalang untuk pemuda bernama Azam untuk membuktikan cinta dengan ikatan sah sebagai suami isteri. Namun, kebahagian yang dikecapi pasangan ini tidak lebih daripada dua hari apabila isterinya, Fatin nur Syahirah telah menghembuskan nafas terakhirnya sehari selepas mereka bernikah.
Allahyarham Fatin Nur Syahirah Yusuf telah dinikahkan dengan pasangannya, Azam pada Jumaat lalu (3 Ogos) di rumah pengantin perempuan yang terletak di Taman Mahsuri, Jitra, Kedah.
Allayarham mula disahkan menghidap penyakit kanser tisu pada September 2017 dan telah melakukan dua kali pembedahan sebelumnya untuk membuang ketumbuhan dan melakukan rawatan kemoterapi.
Pada hari Jumaat bersamaan 3 Ogos, selepas majlis sarung cincin, pada waktu petang selepas sembahyang Jumaat, Allayarham mula lemah dan pernafasannya juga tidak stabil. Arwah telah dirujuk semula ke Hospital Jitra di mana dia telah diberikan bantuan pernafasan menggunakan mesin oksigen.
Keadaan pernafasan arwah masih tidak stabil kerana paru-parunya yang sangat lemah. Pada malam itu, semua ahli keluarga rapat dan suami arwah menunggu arwah di hospital.
Kira-kira pada jam 5.20 pagi, Fatin Nur Syahirah sudah menghembuskan nafas terakhirnya.
Jenazah Allayarham Fatin Nur Syahirah telah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Masjid Al- Muttaqin Bandar Darul Aman, Jitra, selepas solat Asar petang semalam.
Berikut adalah tulisan abang arwah kepada adiknya menerusi posting di Facebook:
*إِنَّا للهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَ
Hari ini, adik perempuan, Fatin Nur Syahirah telah pulang menyahut panggilan Ilahi yang ternyata lebih sayang kepada arwah Syahirah atau dalam keluarga kami lebih mesra dipanggil kakak. Dia anak perempuan pertama dan adik beradik keempat dari lima beradik.
For most, people will say she lost her battle with cancer. Tapi ini bukan sebarang kanser, ini mesenchymal chondrosarcoma. Sejenis kanser yg rare, menyerang soft tissue dan cartilage. Tumor yg sgt agresif dan tiada belas kasihan untuk tubuh seorang gadis yang baru berumur awal 20-an.
Tapi bagi kami kakak won her battle with this cancer. Sejauh mana pun agresif kanser ini tapi dia tak pernah give up. Tak pernah menyerah kalah. Kakak sangat kuat dan tak pernah merungut. Dua major surgery Sep 2017 dan Feb 2018 dgn bukaan lebih panjang dari C-section. Kakak terus berjuang melawan mesenchymal chondrosarcoma, dan pada masa yg sama tetap positif dan jarang sekali mengalirkan air mata.
Kakak kuat sebab dia cinta Allah dan Rasul, kakak kuat sebab kami sekeluarga cintakan kakak. Tapi kakak lebih kuat sebab ada cinta dari anak muda bernama Azam. Azam yang sanggup menerima keadaan kakak dan ingin menjadikan Syahirah sebagai isterinya. June 2018, lepas Aidilfitri mereka bertunang dgn niat untuk bernikah pada 18 August ni sebelum Aidiladha.
Tapi apa kan daya kesihatan kakak merosot secara mendadak dalam tempoh seminggu ketika aku ada kat Korea. Lumpuh apabila kanser menyerang tulang belakang, pernafasan kakak pun amat terganggu. Tapi perancangan Allah Maha Hebat dan Dia izinkan majlis pernikahan mereka berdua. Akhirnya Azam dan Syahirah pun sah bergelar sebagai suami isteri setelah bernikah di rumah pada 3 Ogos 2018.
Dan hari ini kakak meninggalkan kami semua, selama-lamanya. Aku sembang2 dgn adik ipar baru, Azam dan dia dengan air mata bergenang ucap terima kasih kerana benarkan dia keluar dgn Syahirah sebelum2 ni. Sambil air mata kami mengalir di pipi, aku cakap kat Azam “Takde apa lah benda kecik ja tu. Walaupun Syahirah dah takde, kita tetap adik beradik. Kalau nak dtg rumah bila2 mai ja Azam.”
Siapa sangka, aku dan adik ipar turun dalam liang lahad untuk sambut jenazah adik dan isteri yang diturunkan oleh ahli keluarga yang lain. Allahuakbar.
Al Fatihah buat Kakak, Fatin Nur Syahirah.
Kisah sedih pasangan ini telah mendapat perhatian netizen yang kagum dengan pengorbanan yang dilakukan oleh Azam untuk isterinya, Arwah Fatin Nur Syahirah dan bersimpati dengan kehilangan isterinya.
Sumber: Astro Awani dan Facebook Yusri Yusof
The post Hidap Kanser, Isteri Meninggal Dunia Sehari Selepas Nikah appeared first on Her Inspirasi.
0 comments :
Post a Comment