Haqiem Rusli Dikecam Rampas Mic Peserta Program Realiti

Pernah meraih tempat ketiga dalam Anugerah Juara Lagu 32 menerusi Tergantung Sepi, sinar Haqiem Rusli dalam dunia seni sedikit tercemar apabila dia didakwa menggunakan gimik depresi untuk mempopularkan single terbarunya, Selamat Tinggal Sayang.

Setelah semakin reda kontroversi itu, Haqiem dilihat sekali lagi mencetuskan satu insiden yang mungkin membuatkan ramai yang marah dengan tindakannya.

Rampas mic peserta I Can See Your Voice Malaysia

Dalam satu video pendek dari rancangan realiti terbaru NTV7, I Can See Your Voice Malaysia, seorang peserta dilihat menyanyi lagu popularnya, Tergantung Sepi. Namun, peserta yang ternyata bukan seorang penyanyi profesional mendendangkan lagu tersebut dengan nada sumbang.

Haqiem kemudiannya dilihat ‘gelisah’ dan tidak senang dengan kualiti nyanyian peserta itu dan mula menunjukkan tanda tangan meminta nyanyian dihentikan. Namun peserta terbabit masih meneruskan nyanyian.

Haqiem kemudiannya meluru ke arah peserta dan mengambil mikrofon dan menyambung nyanyian seperti biasa. Kemudian mikrofon kembali bertukar tangan kepada peserta sambil diiringi sorakan penonton dan artis jemputan.

Ada netizen yang berpendapat tindakan Haqiem itu tidak sepatutnya dilakukan kerana seolah seperti mencuri highlight yang sepatutnya dimiliki peserta dan bukan artis jemputan.

Sumber: IniAlannn, NTV7

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment