Pelakon, penyanyi dan usahawan terkenal, Fattah Amin sering menjadi sebutan ramai selepas dia membintangi siri drama Suri Hati Mr Pilot dan Hero Seorang Cinderella.

Gambar: Instagram
Bintang sensasi itu terus mara dalam industri seni apabila dia melancarkan single pertamanya yang berjudul “Wanita Terakhir” dan ia telah berjaya mencapai empat juta jumlah penonton di laman Youtube.
Bahkan, lagu itu turut dinobatkan sebagai Top Performing Song oleh Recording Industry Association of Malaysia (RIM) pada tahun 2017, turut dinobatkan adalah penyanyi terkenal, Hael Husaini.
Tidak hanya itu, lagu Cinderella yang dinyanyikan bersama isterinya, Fazura turut mendapat sambutan hangat dengan jumlah tontonan mencecah 2.5 juta di YouTube.
Pada Aidilfitri lalu, Fattah Amin telah melancarkan single terbaharunya, ‘Syawal Kali Ini’ dan ia turut menempa kejayaan yang sama dengan single sebelum ini apabila ia ditonton hampir 220,000 kali dalam tempoh kurang sebulan selepas ia dilancarkan.
Dan kini, pihak Universal Music Malaysia sangat berbesar hati mengumumkan Fattah Amin secara rasminya bernaung di bawah label 360 milik syarikat tersebut.
Pengarah Urusan Universal Music Malaysia, Kenny Ong berasa teruja untuk mengalu-alukan kedatangan Fattah ke dalam syarikat tersebut dan berhasrat untuk membawa kerjaya Fattah ke peringkat yang lebih tinggi dengan kerjasama label antarabangsa pada masa akan datang.
Turut bernaung di bawah label yang sama adalah pelakon, pereka fesyen dan isteri kepada Fattah Amin, Fazura yang meletakkan sepenuh kepercayaan kepada syarikat berkenaan untuk memperkukuhkan bakat serta kejaya Fattah dalam industri muzik.
Ucapan tahniah turut disampaikan oleh rakan artis lain yang bernaung di bawah label yang sama, antaranya adalah Alvin Chong. Dia berasa gembira kerana kini dia dapat mengembangkan kerjayanya bersama Fattah Amin.
Fattah Amin turut meluahkan rasa syukur dan gembira dengan perkembangan terbaharu dalam kerjayanya itu.
Mengulas lebih lanjut mengenai perkembangan kerjayanya, Fattah memberitahu dia mempunyai jadual yang agak padat sehingga beberapa bulan yang akan datang termasuklah projek filem seperti Mat Kilau, drama dan beberapa tawaran lain.
Fattah juga sedang giat bekerja untuk menghasilkan single terbarunya yang bakal dilancarkan pada November ini sebelum tampil dengan album penuh pada tahun hadapan.
Setelah berjaya memenangi beberapa anugerah besar, tentunya kolaborasi bintang popular itu bersama Universal Music Malaysia dapat memmperkukuhkan kerjaya Fattah Amin dalam industri hiburan tanah air dan juga di peringkat yang lebih tinggi.
The post Fattah Amin Kini Bernaung Di Bawah Label 360 Bersama Isteri, Fazura appeared first on Her Inspirasi.
0 comments :
Post a Comment