Dulu anak tauke Cheongsam, kini ketuai label sendiri

Meskipun cita-citanya yang ingin menjadi pelukis dihalang keluarga, dia tidak mudah putus asa dan akhirnya memilih untuk mengikuti jejak langkah ibunya.

Sebut sahaja pereka fesyen kelas A, nama seperti Bernard Chandran, Rizalman Ibrahim dan Jimmy Choo pasti menerjah kotak ingatan. Kini boleh dikatakan industri perekaan fesyen tanah air dimonopoli oleh pereka fesyen lelaki. Namun dalam kemeriahan dunia perekaan yang dikuasai lelaki lelaki, terselit nama yang juga  menjadi penyeri iaitu  Melinda Looi. Dia antara pereka tempatan yang berjaya menaikkan martabat wanita dalam bidang fesyen dari dalam negara hingga ke serata pelusuk dunia.

“Segalanya bermula apabila saya menerima biasiswa untuk melanjutkan pelajaran di sebuah sekolah fesyen iaitu  The La Salle School of Fashion di Montreal, Kanada. Waktu itu saya hanyalah seperti pelajar biasa yang obses mengenai fesyen. Nama saya kian menyerlah ketika graduasi fesyen pada 1995. Graduasi itu  juga  melonjakkan nama saya sekali gus merangkul anugerah  Malaysia Young Designer Award 1995 di Kuala Lumpur,” katanya.

The post Dulu anak tauke Cheongsam, kini ketuai label sendiri appeared first on Her Inspirasi.

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment