‘Bukan Rantai Palsu.. Ia Adalah Rantai Emas Putih’

Kecewa hadiah barangan kemas yang dimenangi palsu dan tidak bernilai, penyanyi Aishah menerusi laman Instagram meluahkan isi hati. Menurutnya, dia mengetahui perkara tersebut selepas membawa berlian ke kedai emas untuk dinilai harga.

Artikel berkaitan : ‘Dua Kali Tauke Kedai Itu Check, Memang Fake…’

Namun, pihak penaja yang juga merupakan jutawan kosmetik terkenal menerusi mStar Online menafikan dakwaan tersebut malah sudi menukarkan hadiah.

Ia amat berharga di mata saya – DS Vida

Sebagai penaja barangan kemas tersebut, Datuk Seri Vida menafikan dakwaan yang dibuat Aishah.  Menurutnya, rantai yang bernilai RM80,000 itu diperbuat daripada emas putih dan bertatahkan batu permata yang dibeli dari luar negara.

Ada orang cakap batu sintetiklah… orang kata palsulah tapi hakikatnya ia bukan rantai palsu. Ia adalah rantai emas putih dan batu permatanya adalah daripada gred tertentu.

Saya beli rantai tu dekat Hong Kong empat tahun lalu. Ia amat berharga di mata saya.

Tambahnya lagi dalam masa terdekat beliau mahu bertemu dengan Aishah untuk menjelaskan kekeliruan. Malah beliau sudi menggantikan barangan kemas dengan sesuatu yang ‘luar biasa’.

Saya akan adakan pertemuan dengan Aishah dalam masa terdekat. Kita duduk bersama-sama untuk menerima penyerahan kembali rantai itu dengan hati yang sangat gembira.

Pulangkan kepada saya, tidak mengapa. Saya akan gantikan rantai itu dengan satu benda yang sangat luar biasa iaitu Lavida Coin. Lepas itu barulah dia akan kata inilah rupa-rupanya yang saya cari selama ini.

Demi Allah, sebenarnya masa saya bagi rantai itu saya menangis sebab ia barang kemas kesayangan saya. Saya sangat gembira dapat terima semula rantai itu.

Walaupun tiada nilai di mata Aisyah tapi ia amat berharga pada saya. Saya suka reka bentuk dan segalanya tentang rantai itu dan saya akan pakainya dengan bangga selepas ini.

Saya beli harga modal RM40,000 tapi setelah mark up harganya mencecah RM80,000. Kalau dah diskaun dapatlah RM50,000, biasalah adat orang berniaga.

Usahawan tersebut juga turut memberitahu rantai tersebut sebenarnya dibeli dengan harga RM40,000 namun nilainya meningkat mengikut harga pasaran.

Sumber : mStar Online

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment