Bio Essence Anjurkan Malam Istimewa Bersama Scha Alyahya

Bio Essence, antara jenama penjagaan kulit terkemuka telah menganjurkan malam tayangan perdana filem aksi terbaru, Mission: Impossible- Fallout. Acara itu telah berlangsung pada 26 Julai yang lalu.

Scha Alyahya

Tayangan khas ini diadakan di MBO, The Starling Mall dan ia turut dihadiri oleh duta Bio Essence, Scha Alyahya.

Scha Alyahya kelihatan anggun dalam busana elegan. Bio Essence telah menjemput tetamu, rakan niaga, media dan lebih daripada 150 peserta yang menghadiri tayangan perdana untuk sesi interaktif bersama Scha Alyahya untuk mengetahui rahsia kecantikan kulitnya.

Menurut Scha Alyahya, rahsia kulit cantiknya adalah kerana penggunaan kerap Bio- essence. Jenama itu telah diperkenalkan kepadanya bertahun yang lalu dan Scha sudah menjadi peminat jenama itu sejak daripada itu. Sebagai pengacara televisyen, model, pelakon dan ibu kepada Lara Alana, Scha menegaskan bahawa dia hanya menggunakan Bio-essence untuk rutin penjagaan kulitnya. Scha gemar rangkaian Bio-Gold Golden Ratio Double Serum yang berkesan dalam mensasarkan tanda penuaan kulit seperti kekusaman dan garis halus. The Bio-Gold Golden Ration Double Serum mempunyai gabungan kuat Serum Emas dan Minyak Emas yang mengandungi kesan anti-oksidan yang dapat membantu memerangi radikal bebas agar kulit kelihatan berseri, licin dan lembut.

Dengan jadual yang sibuk, Scha Alyahya menjelaskan dengan lebih lanjut bahawa pembungkusan produk itu memberikan kemudahan kerana sistem pam unik yang menjamin dos yang bersesuaian untuk disapukan kepada muka. Tambahkan Bio Energy Complex™ pada rejim anti penuaan Bio-essence boleh membantu untuk menyerap bahan aktif yang terdapat dalam produk penjagaan kulit. Ini membantu untuk memberikan tenaga, membaiki dan memulihkan kulit, memancarkan kesihatan dan kecantikan dari dalam ke luar.

 

The post Bio Essence Anjurkan Malam Istimewa Bersama Scha Alyahya appeared first on Her Inspirasi.

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment