Lebih 6k perkongsian di Facebook, wanita ini meluahkan isi hati mengenai realiti ibu yang mempunyai ramai anak. Mana taknya, pada usia yang masih muda, beliau sudah memiliki empat orang anak dan ada yang dilahirkan secara pembedahan.
Bimbang dengan keadaan ini, doktor menyarankan beliau membuat perancangan keluarga dan ini jawapannya. Win!
‘Doktor kalut tanya nak pakai perancang apa’
KISAH MUMMY FULLTIME ANAK 4
Pi KK doktor/misi dok kalut dok tanya nak pakai perancang apa. Sebab puan anak czer pastu puan muda lagi. Aku diam sat pastu direct bagitau nak daftar nama husband la pi buat proses pemandulan sperma. Doktor/misi kelipok2 tengok kami atas bawah terkejut. HAHAHAHA
Jadi wanita ni mmg tak sudah2 dengan masalah (cari sendiri) penat bila tau kata mengandung lagi, tanggung alah pulak berbulan2 sakit, tekanan perasan. Bawa perut kehulu kehilir sampai 9bulan kira okaylah masa bawa perut tu hg tak dak masalah apa. Kalau ada masalah macam aku ni sat kena minum ayaq gula, cucuk amk darah sana sini, buat BSP, sat result turun naik, sat KK call doktor panggil, BP tak payah habaq la memanjang naik tinggi, aihh semua la serba tak kena. Aku beranak czer bagi aku tak sakit la setakat cucuk bius ja, tapi pas habis bius mengelupor gak la. Kalau normal mai time nak beranak pulak, dengan kederat yg tak seberapa nak berkorban lagi, ayaq mata tak payah dok habaq la kalau dan tadah mau 7-8besen. Tara nak nak tunggu bukaan tu Allah ja yg tau serupa hg amik pisau tikam diri sendiri banyak kali. Aduhh seksanya lahai. Pastu selesai bab tu dah bab nak menjahit pulak, tinggai hg tak tendang doktor misi time tu. Perit tu perempuan ja tau. Kalau la sajat & safiey tau jadi wanita ni susah aku rasa depa tobat dah.
‘Jadi wanita ni semua la kena setepek atas muka’
Bila dah keluar anak seketoi pulak, nak menyusu anak 24jam, misi dok push suh menyusu badan, kalau ada susu alhamdulillah rezeki anak, kalau tak dak mak pulak nangis sebab baby keriau nak susu. Mak pulak jadi stress. Mana dengan kita nak jalan pun macam penguin dok rempon2 takut menetas jahitan. Pastu bab tido tak payah sembang la jadi mak ni memang tido semua tak cukup silap2 sehari tak tido dok urus anak tak habis2, sat anak keriau sat anak berak, sambung pulak urus anak yg besar pulak, siap nak pi sekolah mengaji, mana dengan mulut dok pokpet 24jam, kena masak makan, basuh baju, lipat baju, kemas rumah. Semua la nak kena buat tungging langgang tak penah habis dengan keje. Kalau macam aku ni anak kuning pulak dah sebulan berulang alik hospital. Jangan tanya aku pantang mcm mana, semuanya express janji badan aku ada tenaga. Sebab aku ada 5org dalam rumah nak kena jaga selain diri aku sendiri.
Bukan nak kata apa la jadi wanita ni semua la kena setepek atas muka. Tak kan perancang pun kami nak kena lagi. Bukan semua benda sesuai dengan badan. Makan pil satgi tak konsisten, cucuk depo satgi berat naik, pakai implan aku tengok video pun seram, pakai IUD satgi tak selesa, buat BTL satgi kot hg kawen lain tak boleh beranak kat suami baru. Semua la serba salah.
Elok anak masuk 2 tahun lebih, menyusu badan semua settle dah, mak baru nak bertenang pakai baju lawa2 sebab masa menyusu banyak baju tak boleh pakai tambah2 kalau direct feeding. Masa ni la nak jga badan bagi elok kurus gebu, baru dok cari supplement nk bagi cantek, dah laki tengok satu macam pulak dok mai angin miang. Tak sampai 2-3bulan mengandung pulak. Dok ulang cycle ni lagi hg tak monopause. Arghhh stress hampa tau dak
Ps : membebel terpanjang pulak padahal nk tanya kt mana hospital yang buat perancang untuk para suami
Sumber : Syamimie Yusof
0 comments :
Post a Comment