Demi minat yang menggunung, bekas pensyarah Bahasa Inggeris, Sarah Shah Nor beralih karier dan kini menjadi antara usahawan fesyen Muslimah berpengaruh. Modvier bukanlah satu nama yang asing dalam gelanggang fesyen tanah air. Bila tiba musim raya, butik ini antara lokasi yang paling kerap dikunjungi memandangkan pelanggan boleh membuat pilihan item fesyen pelbagai jenama dalam satu kedai.
Terpanggil untuk membantu ramai peniaga kecil yang memperjuangkan busana santun, Modvier berpegang teguh pada misinya yang mahu menjadikan lokasinya sebagai pusat fesyen multi jenama terkemuka di Malaysia. Di sebalik empayar gah sudah tentu ada wirawati di belakangnya.
Siti Sarah Shah Nor, peniagawati yang bertanggungjawab merencanakan perjalanan Modvier hingga dikenali seperti hari ini. Dia yakin melalui Modvier, label pakaian sopan tempatan mampu bersaing dengan baik sesama sendiri.
“Ramai jenama yang dulu mungkin ada 10, 20 pengikut di laman sosial apabila berada di bawah Modvier kini sudah mampu bergerak sendiri. Idea Mood Republik juga tercetus dengan adanya permuafakatan semua label fesyen melalui Modvier. Pada saya, kalau kita menolong orang dengan beretika, insyaAllah semua usaha kita banyak barakahnya. Semuanya berbalik kepada nawaitu dengan Allah SWT,”katanya.
The post Berhenti Kerja Bukan Noktah- Pengasas Modvier appeared first on Her Inspirasi.
0 comments :
Post a Comment