Bergembira Sambil Beramal Di Acara Charity for Children Anjuran Melinda Looi

Melinda Looi dengan kerjasama Le Tresor dan Kumpulan LGB akan mengadakan acara amal, Charity for Children dan mereka ingin menjemput anda untuk memeriahkan acara tersebut.

Melinda Looi memulakan acara Charity for Children tahun lepas dengan memberikan semula kepada komuniti dan telah menjemput 10 rumah yang menempatkan kanak-kanak kurang bernasib baik dan hampir 500 kanak-kanak yang telah diraikan. Acara tersebut telah berakhir dengan jayanya dan dengan itu, mereka ingin meneruskan usaha murni ini pada tahun ini.

Malam amal ini akan diberikan tema, “The Greatest Show in Town” dan akan bergabung dengan International Circus Show dan turut menampilkan persembahan istimewa oleh Jaclyn Victor dan Ayda Jebat. Selain itu, acara ini turut mengadakan acara lelong amal dengan tujuan mengumpulkan dana untuk rumah kebajikan yang terpilih.

Berikut adalah butir mengenai acara amal ini:

Tarikh: 24 Ogos (Jumaat)

Tempat: Tempat Letak Kereta Tiga, Berdepan Plaza Arkadia, Jalan Medan Residen, Desa Parkcity, Kuala Lumpur

Masa: 7.30 Malam

Pakaian:  The Greatest Showman

 

Berikut pula adalah harga tiket untuk malam amal tersebut:

  • Kategori Satu (Indigo): RM298
  • Kategori Dua (Biru Terang): RM258
  • Kategori Tiga (Hijau): RM210
  • Kategori Empat (Kuning): RM156
  • Kategori Lima (Merah Jambu): RM98
  • Kategori Enam (Ungu): RM78

Untuk lebih info atau jika anda berminat untuk membeli tiket, anda boleh layari laman sesawang ini.

Anda juga boleh menempah tiket terhad ini dengan menghubungi nombor ini: 012 8750 899. Pasti malam anda akan menjadi malam yang hebat.

Bagi anda yang ingin menghulurkan bantuan ikhlas, anda boleh hulurkannya di akaun berikut:

Nama Akaun – LGB Ventures Sdn Bhd

Nama Bank – CIMB Islamic Bank Berhad

Nombor Akaun – 86-0006881-2

*Sila sertakan dengan nama anda sebagai rujukan

The post Bergembira Sambil Beramal Di Acara Charity for Children Anjuran Melinda Looi appeared first on Her Inspirasi.

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment