Bawa Anak Ke 5 Destinasi Bersejarah Sempena Bulan Kemerdekaan

Apa masa yang lebih baik untuk meneroka Malaysia berbanding pada bulan Ogos? Bulan yang cukup bersejarah untuk negara Malaysia. Ketika rakyat Malaysia bersiap untuk perayaan Kemerdekaan yang ke-61, ibu bapa boleh ambil peluang ini untuk membawa ke perjalanan bersejarah ke Kuala Lumpur bersama anak untuk berkongsi warisan, budaya dan sejarah negara kita. Oleh itu, Jelita senaraikan lima destinasi bersejarah yang boleh anda lawati bersama anak.

Muzium Negara

Mulakan perjalanan anda dengan lawatan ke Muzium Negara dan berkongsi dengan anak anda sejarah Malaysia, masa kolonialnya dan budaya yang berbeza yang membentuk negara Malaysia masa kini. Pupuk kesedaran dalam diri mereka tentang bagaimana rakyat Tanah Melayu yang dulu berjuang untuk mendapatkan kemerdekaan untuk Malaysia pada hari ini.

Waktu operasi Muzium Negara adalah daripada sembilan pagi sehingga enam petang setiap hari dan ia akan ditutup pada hari pertama Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya Aidiladha. Harga tiket masuk adalah RM2 untuk dewasa dan bagi kanak-kanak berusia 12 tahun ke bawah, masuk adalah percuma.

Anda boleh menggunakan kenderaan awam seperti bas RapidKL bas nombor 115 dari KL Sentral. Perkhidmatan bas KL Hop-in Hop- off turut disediakan dan perhentian untuk ke muzium negara adalah di perhentian bas nombor 12. Anda juga boleh menaiki MRT dan turun di Stesen Muzium Negara. Bagi anda yang memandu ke sama, tempat letak kereta disediakan dengan kadar bayaran sebanyak RM3 untuk kereta dan RM1 untuk motosikal. Anda boleh menggunakan waze untuk ke destinasi

Dataran Merdeka

Kemerdekaan Malaysia telah diformalkan di Dataran Merdeka dengan pengisytiharan rasmi kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu oleh Tunku Abdul Rahman pada 31 Ogos 1957. Kongsikan betapa pentingnya tapak bersejarah ini dan makna di sebalik “Merdeka” dengan anak ketika berjalan di sepanjang dataran.

Dataran ini terletak bertentangan dengan Bangunan Sultan Abdul Samad dan di sebelah Kelab Royal Selangor. Inilah tempat bersejarah di mana bendera Union diturunkan dan bendera dinaikkan untuk pertama kalinya.

Cara paling mudah untuk sampai ke Dataran Merdeka melalui pengangkutan awam adalah dengan menaiki kereta api yang melalui stesen  Masjid Jamek. Jalan menuju Masjid Jamek daripada stesen dan terus ke sudut dan ke arah Dataran Merdeka. Bagi anda yang memandu, anda boleh menggunakan waze untuk mencari destinasi ini.

Bangunan Sultan Abdul Samad

Terletak bertentangan dengan Dataran Merdeka, bangunan ini penuh dengan sejarah yang perlu dikongsikan bersama anak anda. Ia pada asalnya dibina untuk pejabat pentadbiran kolonial British dan ia juga pernah menempatkan Mahkamah Superior Malaysia sebelum dipindahkan ke Putrajaya.

Untuk sampai ke bangunan ini, gunakan laluan yang sama untuk pergi ke Dataran Merdeka.

Tugu Negara

Arca tembaga yang tinggi ini dibina untuk memperingati perjuangan yang berani untuk kebebasan semasa Perang Dunia II dan Darurat Malaya. Anak anda boleh belajar tentang pengorbanan yang dilakukan untuk membantu menubuhkan Malaysia yang mereka tahu hari ini.

Anda boleh menaiki kereta api KTM Komutr dan turun di Stesen Bank Negara. Jalan ke arah Bank Negara dan ikuti tanda ke Jalan Parlimen atau Taman Tasik (Lake Gardens). Anda boleh sampai ke sana dalam perjalanan selama 15 minit. Jika anda inign memandu, anda boleh menggunakan waze untuk sampai ke destinasi.

Dewan Rakyat Malaysia

Terangkan bagaimana undang-undang dibuat di Malaysia semasa anda membawa anak anda di sekitar Dewan Parlimen, badan perundangan muktamad di Malaysia.

Terletak berdekatan dengan Tugu Negara, anda boleh menaiki kenderaan awam yang sama untuk ke Tugu Negara atau memandu ke sana dengan waze.

Gambar: Shutterstock

The post Bawa Anak Ke 5 Destinasi Bersejarah Sempena Bulan Kemerdekaan appeared first on Her Inspirasi.

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment