Malang tidak berbau apabila seorang pemuda dilaporkan hilang ketika mencandat sotong di 10 batu nautika dari Kuala Kuantan. Menurut abang mangsa, adiknya itu bakal melangsungkan pernikahan tahun depan dan berharap adiknya itu dapat ditemui.
Dalam kejadian kira-kira jam 3 petang, Mohamad Ridhwan dilaporkan terjatuh dari bot gentian kaca sebelum cuba diselamatkan rakannya. Sehingga ke hari ini operasi masih diteruskan. Sama-sama kita doakan keselamatan Ridhwan.
Bakal kahwin tahun depan
Saya sentiasa berdoa kepada Allah supaya dia ditemui dengan selamat kerana baharu saja bertunang tiga bulan lalu dan bakal mendirikan rumah tangga tahun hadapan.
Menurut abang kepada Mohamad Ridhwan Abu Bakar, mangsa yang dikhuatiri lemas selepas dilaporkan terjatuh ke laut ketika sedang memancing di perairan 10 batu nautika dari Kuala Kuantan, di sini, kelmarin.
Tambahan, pada hari kejadian adiknya ada memaklumkan ingin keluar mencandat sotong bersama rakannya dan dia memaklumkan tidak dapat bersama kerana perlu bertugas.
Dia berpengalaman mencandat sotong
Secara kebiasaan saya akan ikut dia dan rakannya untuk keluar memancing atau mencandat sotong namun pada hari kejadian kebetulan saya bekerja dan tidak ikut dia keluar ke laut bersama rakannya. Saya tidak mengesyaki sesuatu yang buruk akan berlaku kepadanya kerana sejak kecil, adik saya berpengalaman dalam mencandat sotong.
Beliau berkata, adik bongsunya yang bekerja di sebuah kilang industri di Pekan turut memaklumkan akan keluar ke laut selama satu hari setengah.
Masih operasi mencari
Kejadian kemudian dilaporkan kepada Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) sebelum operasi mencari dan menyelamat (SAR) diaktifkan membabitkan aset seperti Kapal Maritim KM Tatau dan kapal CB90 bersama empat anggota penyelam dari Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).
Sementara itu, Khairul berkata, operasi SAR turut disertainya semalam bermula jam 7 pagi hingga 2 petang namun tiada petunjuk positif. Difahamkan SAR diteruskan hari ini bermula jam 7 pagi tadi dan beberapa sektor pencarian diperluaskan membabitkan jarak 23 kilometer dari Pantai Kempadang dan serta dibantu anggota bomba dan penyelamat yang melakukan pencarian di sekitar pesisir pantai.
Sumber : Berita Harian
0 comments :
Post a Comment