Acer Raikan Acer Day “Play Music Together” Dengan Tiga Model Komputer Terbaru

Acara tahunan Acer Day  kembali lagi tahun ini dengan promosi yang pasti akan menggembirakan hati anda. Selain daripada tawaran hebat, Acer Malaysia juga turut melancarkan tiga model istimewa dalam kelasnya tersendiri. Dilancarkan dalam satu acara meriah yang diadakan semalam bertempa di Center Court, Mid Valley Megamall. Acara itu turut dimeriahkan dengan persembahan daripada Amoi-Amoi dan Fuying & Sam. Tiga model istimewa tersebut adalah Predator Helios 300 Edisi Khas yang hadir dalam kerangka berwarna putih. Sementara komputer riba paling nippis di dunia dengan prestasi penuh kuasa, Acer Swift 7; komputer riba dua dalam satu tanpa kipas dan grafik tersendiri yang pertama di dunia nyata akan menarik perhatian anda.

Sempena dengan sambutan Acer Day, anda boleh mengambil bahagian alam cabaran dalam talian pada setiap hari untuk mengumpl mata dan berpeluang memenangi pelbagai hadiah hebat. Acer Malaysia ada menawarkan beberapa hadiah yang sangat menarik untuk para peserta. Ini termasuklah percutian empat hari tiga malam untuk dua orang ke Taiwan, Predator Helios 300, Swift 5, Spin 5, Nitro 5, Iconia Tab 1o, beg galas dan pembesar suara Acer Day Bluetooth. Predator Helios 300 Edisi Khas

Lebih menonjol dengan kerangka aluminium serba putih dan dihiasi dengan kemasan warna emas. Dengan hanya 50 unit sahaja ditawarkan di Malaysia, mesin permainan video yang menarik ini didatangkan bersama dengan ‘badan’ cantik dan perkakasan berkeupayaan tinggi.

Ia juga dilengkapi dengan Intel® Core™ i7 sehingga generasi kelapan dengan grafik overclockable NVIDIA® GeForce® GTX 1060, 6GB GDDR5 VRAM, solid state drive (SSD) 256 GB PCle dan pemacu cakera satu TB, model ini menjanjikan prestasi hiburan serta bermain permainan video yang luar biasa.

Selain itu, model ini juga adalah VR-Ready dengan kadar segar semula 144 Hz yang telah dinaik taraf. Ia juga membolehkan permainan video yang lancar pada skrin paparan FHD IPS bersaiz 15.6 inci itu. Kadar segar semula yang pantas akan memendekkan tempoh penerapan bingkai dan mengurangkan input sela bagi menawarkan pemain dengan pengalaman bermain permainan video yang terbaik.

Turut dilengkapi dengan memori DDR4 sehingga 8GB dan ia juga boleh dinaik taraf sehingga 32 GB. Ia juga didatangkan bersama Gigabit Ethernet untuk sambungan wayar yang pantas, Gigabit Wi-Fi terkini daripada Intel Wireless- AC 9560 yang menawarkan sehingga 1.73 Gbps apabila anda menggunakan saluran 160 MHz (2×2 802.11ac, dual-band 2.4 GHz dan 5 GHz)

Sistem dua kipas model ini juga turut menggunakan kipas besi AeroBlade™ 3D Acer, bilah kipas paling nipis di dunia hanya 0.1 mmm. Berfungsi meningkatkan sistem suhu, ia memastikan komputer riba ini dapat beroperasi pada suhupotimum walaupun ketika permainan video dimainkan dalam tempoh yang lama. Aspek Overclocking, cahaya, kekunci penting (hotkeys), suhu dan kelajuan kipas boleh dipantau, dikawal serta diubah suai dengan mudah menggunakn aplikasi PredatorSense yang memenangi anugerah, membolehkan semua ini dikawal menerusi satu antara muka bersepadu.

Model ini turut didatangkan lengkap bersama beg sandang permainan video Predator, fon kepala, tetikus permainan video dan pad tetikus berwarna putih yang sesuai dengan mood. Ditawarkan pada harga RM6, 199, Predator Helios 300 Edisi Khas ini boleh didapati mulai pertengahan Ogos di semua Stor dalam Talian Rasmi Acer dan Predator Partners yang sah di seluruh negara.

The post Acer Raikan Acer Day “Play Music Together” Dengan Tiga Model Komputer Terbaru appeared first on Her Inspirasi.

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment