Kes jangkitan HFMD semakin membimbangkan dan ibu bapa pastinya akan berasa bimbang jika anak menunjukkan simtom penyakit tersebut. Jika anak anda menunjukkan simptom penyakit tersebut, perkara pertama yang anda perlu lakukan adalah jangan panik. Kenal pasti simptom penyakit tersebut agar anda boleh memberikan rawatan awal kepada anak sebelum membawa mereka ke klinik atau hospital. Oleh itu, Jelita kongsikan lima rawatan awal yang boleh anda berikan jika anak menghidap HFMD.

Gambar: Shutterstock
- Berikan anak anda minum air. Ini kerana mereka mungkin akan kurang minum air ketika menghidap penyakit ini. Ia boleh menyebabkan dehidrasi berlaku kepada mereka. Maka, anda perlu ingatkan mereka untuk minum air atau anda sendiri berikan air kepada mereka.
- Aiskrim juga berkesan untuk mengurangkan sakit pada ulcer. Jika anak anda mempunyai ulcer yang teruk dengan memberikan aiskrim ini dapat mengurangkan sakit pada ulcer malah ia juga dapat menggembirakan mereka. Anda juga boleh memberikan air kosong pada mereka pada waktu ini.
- Penggunaan ubat parcetamol boleh mengurangkan rasa sakit dan demam.
- Ubat titis untuk mengurangkan sakit mudah didapati daripada klinik dan farmasi terdekat.
- Jika anak menunjukkan simptom yang lebih teruk, anda perlu membawa mereka ke klinik ataupun hospital.
The post 5 Rawatan Awal Jika Anak Menghidap HFMD appeared first on Her Inspirasi.
0 comments :
Post a Comment