Perancis VS Croatia: Siapa Bakal Menjulang Piala Dunia 2018?

Kehangatan acara piala dunia kini semakin menghampiri kemuncaknya. Hari ini bersamaan 15 Julai 2018 akan menyaksikan detik bersejarah antara dua pasukan bola sepak negara yang bakal menjulang trofi Piala Dunia 2018.

Piala Dunia 2018

Setelah hampir kesemua pasukan pilihan kecundang di peringkat kalah mati, dua pasukan yang bakal bertanding di peringkat akhir adalah Perancis dan Croatia. Dua pasukan ini akan bertanding  di Stadium Luzhniki, Moscow, Rusia. Jelita senaraikan beberapa fakta mengenai dua pasukan bola negara itu sempena dengan perlawanan akhir Piala Dunia 2018. Siapakah yang bakal menjulang trofi Piala Dunia 2018? Kejuaraan

Perancis

Kekalahan banyak pasukan pilihan seperti England, Argentina, Portugal, German dan Brazil telah menyaksikan kekecewaan peminat namun pasukan negara Perancis telah berjaya mengembalikan semangat peminat bola sepak apabila mereka layak ke pusingan akhir selepas menewaskan pasukan pilihan, Belgium 2-1. Perancis juga pernah menjulang piala dunia pada 12 Julai 1998 dan pada ketika itu Perancis adalah tuan rumah kepada acara Piala Dunia. Jika Perancis memenangi piala dunia pada malam ini maka mereka akan menjulang kembali trofi piala dunia selepas 20 tahun berlalu.

Croatia

Croatia pula belum pernah memenangi piala dunia. Kemunculan pertama pasukan itu di acara piala dunia adalah pada tahun 1998 selepas merdeka daripada Yugoslavia. Pada kemunculan pertama, Croatia telah memenangi tempat ketiga. Pasukan itu kemudian membuat kemunculan di piala dunia pada tahun 2002, 2006, 2014 dan 2018. Walaupun Croatia mungkin bukan antara pasukan pilihan namun ramai peminat bola sepak yang berharap pasukan negara itu akan menjulang tofi piala dunia pada malam ini selepas berjaya menewaskan England dalam pusingan separuh akhir 2-1

The post Perancis VS Croatia: Siapa Bakal Menjulang Piala Dunia 2018? appeared first on Her Inspirasi.

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment