Noryn Aziz Kongsi Status Terkini Dalam Jelita Edisi Ogos 2018

Penyanyi bersuara lunak, Noryn Aziz menghiasi muka depan edisi Ogos juga berkongsi statusnya yang terbaru secara eksklusif buat pembaca Jelita. Dalam pada sedang mengharungi ujian hidup terbesar bagi wanita yang bergelar isteri, Noryn sedang bangkit untuk menapak semula dalam dunia muzik.

Pada masa sama, memberi pandangan mengenai isu terkini yang berlaku dalam masyarakat. Apakah rahsia masih rupawan biarpun sudah mencecah usia 40-an? Apakah projek Noryn yang terbaru bagi mengisi jadualnya yang makin padat? Kena dapatkan edisi Ogos untuk ketahui lanjut.

Sama ada anda berpunya atau sudah kembali ke status solo, anda wajar jadi wanita Jelita yang bahagia. Edisi Ogos kali ini memberi fokus kepada status ibu tunggal dan cara mereka mengembalikan keyakinan tanpa seorang lelaki di sisi. Dua wanita hati kental – jurusolek Ummi Nasir yang kini hidup sebagai ibu tunggal dengan seorang anak perempuan juga Intan Maizura Othman, yang kehilangan suaminya akibat peristiwa pesawat MH370 terputus hubungan di Laut China Selatan berkongsi kisah terkini, cara mereka mengharungi kehidupan pada masa ini. Semoga menjadi inspirasi buat anda semua.

Julung kalinya, Jelita bersama The Malaysian Women’s Weekly dan Her World memperkenalkan anugerah kecantikan gabungan menerusi Her Beauty Awards bagi menobatkan barisan produk kecantikan pelbagai kategori terbaik di kalangan terbaik dalam satu senarai pilihan editor, pembaca yang menguji serta undian dalam talian. Senarai pilihan Editor ada dalam edisi Ogos juga di sini.

Lebih banyak topik menarik merangkumi kecantikan, fesyen & gaya hidup serta resipi mudah dan lazat menanti anda dalam edisi ini dengan kebanyakannya adalah Topik Pilihan Pembaca Jelita.

Dapatkannya sekarang!

 

JOM SAKSIKAN VIDEO DI SEBALIK TABIR SESI PENGGAMBARAN BERSAMA NORYN…

 

The post Noryn Aziz Kongsi Status Terkini Dalam Jelita Edisi Ogos 2018 appeared first on Her Inspirasi.

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment