Wanita dan memasak berpisah tiada, jadikan buku ini sebagai sumber rujukan buat anda kala ingin menyiapkan juadah enak di dapur.
Tok Tok Mee – A Portrait of Penang Street Food oleh Gerald Tan
Buku ini membawakan gambaran dekat yang memperlihatkan tempat, masyarakat dan amalan yang menjadikan makanan jalanan di Pulau Pinang sesuatu yang unik. Anda boleh dapatkan di kedai buku MPH!
Flavours of Berjaya oleh Berjaya Hotels & Resorts
Dengan buku ini, anda juga boleh memasak seperti seorang chef handal. Kesemua resipi yang ada adalah daripada beberapa chef daripada Berjaya Hotels & Resorts seluruh negara. Kini anda boleh kagumkan tetamu dengan seleksi hidangan bertaraf hotel yang boleh anda sediakan dengan mudah di rumah.
Nasi Campur A Simple Guide oleh Deety Lenton
Siapa yang tidak sukakan nasi campur, bukan? Buku resipi ini memberi inspirasi dan rujukan dalam menyediakan variasi lauk serta hidangan nasi yang boleh anda sediakan setiap hari. Pelbagai menu tradisional hinggakan kepada kontemporari yang boleh dicuba seperti Dendeng Balado, Nasi Gudeg, Nasi Pecel, Sambal Teri, Sambal Udang dan banyak lagi.
Spice Journey oleh Shane Delia
Buku berkulit tebal ini pula mengangkat keunikan masakan Timur Tengah yang pelbagai. Dari Morocco, Malta dan Andalucia di bahagian barat, hingga ke Turkey, Lebanon dan Iran pada bahagian timur, resipi yang ditunjukkan memberi kelainan dan membangkitkan selera. Ayuh mengembara dengan 80 resipi yang dikhususkan untuk suri di rumah.
The post Buku Masakan Sebagai Rujukan Anda appeared first on Her Inspirasi.
0 comments :
Post a Comment