Bercuti Bersama Sahabat Adalah Lebih Baik? Ini 5 Sebabnya

Sempena dengan Hari Persahabatan Sedunia yang jatuh pada tanggal 30 Julai, anda dan rakan perlu mengambil masa di hujung minggu nanti untuk meraikannya dengan mengadakan percutian bersama. Percayalah, bercuti bersama dengan rakan anda dalah lebih baik dan Jelita kongsikan lima sebabnya.

Kawan tahu sudut terbaik dan terburuk anda ketika bergambar

Sudah menjadi lumrah setiap kali bercuti, pasti anda akan mencari masa untuk merakam setiap memori ketika bercuti dan siapa lagi yang lebih baik untuk merakam aksi terbaik anda melainkan rakan anda sendiri. Ini ada beberapa lokasi percutian yang menawarkan latar belakang penggambaran yang hebat.

The London Edition– menyediakan latar belakang yang hebat dengan adunan reka bentuk moden dan seni bina klasik Eropah. Terletak di pinggir kejiranan Soho di kota London yang kaya dengan kesenian, hotel mewah ini berada dalam lingkungan berjalan kaki dari galeri dan restoran yang mengikut trend terkini. Di sini, anda akan menemui banyak inspirasi untuk merakam gambar percutian anda.

Bambu Indah Hotel– Bertemakan Bali, iaitu oasis hijau yang mengandungi pemandangan sawah padi dan Sungai Ayung.

The Rucksack Caratel– hotel butik bertema Melaka yang menjadi rahsia kawasan perlindungan kehijauan di tengah kota.

Kawan tahu selera anda

Selain melihat pemandangan yang menakjubkan, mencuba makanan baru bersama rakan adalah sebahagian besar daripada pengembaraan ini. Bagi anda dan rakan yang meminati buah durian, bermula dari bulan April sehingga bulan Ogos adalah kemuncak musim durian di Malaysia. Jadi, berikut adalah beberapa penginapan yang berdekatan dengan makanan kegemaran anda.

Vortex KLCC– terletak di tengah Kuala Lumpur dan berhampiran dengan semua kedai, restoran dan gerai menjual durian.

Dormy Inn– Anda juga boleh melancong ke Osaka untuk mencuba pelbagai puluhan makanan di Dotonbori Street termasuk fugu, ikan buntal yang enak dan terkenal kerana racun berbisa pada organnya. Jangan khuatir, chef Jepun telah menjalani latihan selama beberapa tahun sebelum dibenarkan untuk menghidangkan makanan ini. Dormy Inn adalah sebuah butik hotel yang minimalis dengan onsen (kolam mandi air panas)

Seda Bonifacio Global City– terletak tidak jauh daripada kejiranan, Pateros yang terletak di Metro Manila. Di situ terdapat hidangan balut terbaik iaitu, telur embrio itik dan jika anda gemar membeli-belah, berhampiran hotel tersebut terdapat sebuah pusat beli-belah popular iaitu Bonifacio High Street dan Serenda, Market.

Kawan dapat berikan motivasi untuk bersukan

Sebagai pesaing atau lawan, kawan akan sentiasa membantu anda untuk melakukan sesuatu dengan bersungguh-sungguh. Ini ada beberapa tempat yang menawarkan aktiviti yang menarik.

Soultribe Beach Retreat– menawarkan cabana tepian pantai yang membolehkan anda menikmati ombak laut terus dari katil.

9.5 Hotel– Sungai May Taeng di Chiang Mai adalah lokasi yang mesti dikunjungi di Thailand untuk aktiviti air jeram. 9.5 Hotel ini terletak berdekatan dengan semua tempak aksi sungai tersebut.

My Dream Boutique Resort- lokasi begitu indah di Sungai Mekong untuk anda nikmati dan meneroka denai pergunungan Luang Prabang menggunakan basikal atau anda boleh memilih laluan yang lebih mudah di sepanjang Sungai Mekong.

Lebih jimat jika bercuti bersama kawan

Dengan berkongsi kos perbelanjaan bilik sehingga sewaan teksi, mengembara dengan kawan bermakna anda akan dapat mengekalkan bajet anda tanpa perlu mengenepikan sebarang kemewahan.

Aquila Nova Retreat– terletak di pinggir Melbourne membolehkan anda untuk menikmatik percutian damai di tenggah Taman Negara Dandenong Ranges.

Private Pool Villa by Chatta– sesui untuk percutian berkumpulan di Phuket.

Teega Residence– terletak di Johor Bahru dan ia sesuai bagi anda yang inginkan kediaman yang luas.

Kawan boleh mendorong anda mencapai tahap baru

Rakan sejati adalah rakan yang sanggup melakukan apa sahaja untuk anda, bahkan ada yang sanggup melakukan aktiviti ekstrem hanya untuk anda.

Steigenberger Hotel Business Bay– terletak di pusat kota Dubai yang menawarkan persekitaran damai yang pasti membantu untuk memberikan ketenangan sebelum anda mencuba aktiviti yang menjadi tarikan di situ iaiatu aktiviti terjunan udara yang berlangsung sepanjang tahun.

Le Meridien– Hotel moden lima bintang yang dekat dengan semua tarikan di Singapura antaranya Singapore iFly, sesuai bagi anda yang ingin merasai keterujaan jatuh menjunam yang sebenar.

Nha Trang Beach Apartments– Nikmati pemandangan laut di Nha Trang dan 45 minit dari utara Nha Trang, anda boleh cuba melompat tebing Ba Ho. Anda akan menemnui beberapa kolam air terjun yang memiliki pelbagai ketinggian dalam perjalanan ke sana. Jika anda dan rakan anda ingin menguji keberanian, anda boleh cuba terjun dari ketinggian 12 meter.

The post Bercuti Bersama Sahabat Adalah Lebih Baik? Ini 5 Sebabnya appeared first on Her Inspirasi.

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment