5 Cara Mendapatkan Kepercayaan Daripada Pasangan Anda

Tidak semua orang itu sempurna dan itu juga apa yang berlaku dalam hubungan suami dan isteri. Tiada suami atau isteri yang sempurna. Masalah yang berlaku dalam rumah tangga itu adalah perkara biasa tetapi setiap masalah boleh diselesaikan. Penting sekali anda dan pasangan anda memilih cara yang sesuai untuk menyelesaikan masalah yang melanda. Berjumpa dengan ahli terapi adalah salah satu cara untuk menyelesaikan masalah namun apabila masalah itu melibatkan kepercayaan yang dikhianati, Jelita kongsikan lima cara untuk anda mendapatkan kepercayaan daripada pasangan anda.

Jelita kongsikan lima cara untuk anda mendapatkan kepercayaan daripada pasangan anda.

Gambar: Shutterstock

Jangan Cuba Hilangkan Rasa Sengsara

Pasangan yang pernah dikhianati perlu tahu apa yang sebenarnya sudah berlaku. Elakkan dari menyembunyikan perkara yang perlu pasangan anda tahu. Ini kerana mereka mungkin akan rasa anda ada menyembunyikan sesuatu. Bahkan, perkara yang anda cuba untuk sembunyikan itu mungkin akan terbongkar juga jadi ia adalah lebih baik pasangan anda dengar sendiri dari mulut anda daripada mereka tahu perkara itu daripada pihak ketiga. Cara ini mungkin akan menyebabkan pasangan anda terluka namun ia adalah lebih baik kerana luka tidak akan sembuh jika ia tidak dirawat dengan betul.

Memberitahu Perkara Yang Sebenar

Kepercayaan dalam hubungan suami isteri ini sangat penting untuk memastikan rumah tangga yang bahagia. Jika anda telah ditangkap berbohong pada pasangan anda sekali, tindakan terbaik untuk mendapatkan kembali kepercayaan mereka adalah dengan memberitahu perkara yang sebenar. Pakar psikologi, Robert Weiss, anda boleh mendapatkan kembali kepercayaan pasangan anda sekiranya anda menjadikan hubungan anda seperti lutsinar. Jika anda keluar bersama rakan anda, berterus-teranglah dengan pasangan anda dan jangan buat alasan yang lain.

Jangan Berikan Alasan Pada Perbuatan Anda

Untuk mendapatkan semula kepercayaan yang telah dikhianati bukanlah perkara yang mudah. Mendengar perkara negatif akan membuatkan pasangan anda rasa itu adalah realiti yang berlaku dalam hubungan anda. Jangan berikan alasan atas kesalahan yang sudah anda lakukan. Sebagai contoh, ‘Saya buat begitu kerana awak tidak pernah beri perhatian kepada saya,”dengan berkata begini, anda sebenarnya cuba untuk memberikan alasan atas kesalahan yang sudah anda lakukan. Cuba elakkan dari berbuat demikian. Fikirkan apa balasannya jika anda cuba untuk menegakkan benang yang basah. Elakkan dari berkata perkara yang menyakitkan hati pasangan jika anda ingin menyelamatkan hubungan anda bersama pasangan.

Jangan Libatkan Orang Lain

Jika anda dan pasangan anda membuat keputusan untuk memperbaiki masalah rumah tangga dan kekal bersama, ia adalah lebih baik untuk tidak melibatkan orang lain dalam hal ini. Ini adalah tanggungjawab anda dan pasangan. Perkara ini harus dipraktikkan oleh kedua belah pihak. Perkara yang berlaku dalam rumah tangga tida seharusnya dikongsikan kepada orang lain terutama sekali di laman sosial media. Menurut psikoterapi Joe Kurt, satu-satunya individu yang boleh menjadi pihak ketiga dalam masalah rumah tangga adalah kaunselor keluarga.

Jangan Harapkan Kemaafan Segera

Apabila seseorang itu sudah dikhianati, bukan mudah untuk mereka memaafkan. Begitu juga dengan pasangan anda. Jangan harapkan mereka untuk memaafkan anda dengan cepat. Perkata terbaik yang boleh anda lakukan adalah menjaga perasaan dan keperluan pasangan anda. Kesakitan yang mereka lalui sangat berat dan ia tidak akan hilang dengan serta-merta dan hal ini adalah perkara biasa. Apabila anda dan pasangan memutuskan untuk menyelamatkan hubungan mereka selepas dikhianati, anda perlu bersedia untuk mengalami perubahan. Pada mulanya, ia mungkin sukar untuk anda dan pasangan anda untuk bersama seperti sebelumnya namun jika anda bersabar dan cuba untuk memperbaiki diri, peluang mungkin berpihak pada anda.

The post 5 Cara Mendapatkan Kepercayaan Daripada Pasangan Anda appeared first on Her Inspirasi.

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment