KEKAL BERSIH DAN DILINDUNGI KETIKA HARI RAYA

Sempena menyambut Hari Raya yang bakal menjelang tidak lama lagi, jangan lupa untuk  menjaga kebersihan dan melindungi diri anda daripada bakteria yang tidak diingini.

Apabila anda pulang ke kampung dan melalui perjalanan ke destinasi di dalam jangka waktu yang panjang ditambah pula dengan kesesakan orang ramai, pastinya anda akan mengabaikan aspek kebersihan terutamanya ketika di tandas.

Dettol Malaysia berhasrat untuk mendidik dan melindungi 1,000,000 warga Malaysia di jalan raya ketika pulang ke kampung sepanjang musim perayaan ini dengan menjalankan kempen kesedaran kebersihan tangan yang akan diadakan di 20 buah kawasan Rehat & Rawat (R&R) di seluruh Semenanjung Malaysia.

Umpama seorang ibu yang mahu memberikan perlindungan sepenuhnya kepada anak- anak mereka, jenama ini komited untuk menjaga kebersihan keluarga sepanjang musim perayaan agar mereka boleh berkongsi kasih sayang tanpa sebarang kerisauan.

Untuk itu, wakil -wakil Dettol akan berada di kawasan R&R pada tarikh tertentu untuk memberikan sampel produk dan juga mendidik pengguna amalan penjagaan kebersihan yang betul. Apabila pengguna berhenti di kawasan R&R ini untuk ke bilik air, mereka akan dibimbing untuk membersihkan tangan secara berkesan dengan tujuh langkah mudah. Cecair Pencuci Tangan Dettol juga akan disediakan di singki supaya pengguna boleh mempraktikkan cara yang betul untuk mencuci tangan mereka.

Menurut Kim Minyoung, Pengarah Pemasaran Dettol Malaysia dan Singapura, Dettol sentiasa mendidik warga Malaysia tentang amalan kebersihan tangan bagi melawan kuman yang wujud dalam persekitaran setiap hari.

“Hari Raya adalah hari untuk bertemu dan berkumpul dengan sanak saudara dan sahabat handai. Itulah sebabnya penting untuk Dettol melindungi rakyat Malaysia daripada kuman supaya mereka boleh menikmati sepenuhnya pertemuan mereka,” ujarnya lagi.

Sempena bulan Ramadan yang mulia ini, Dettol Malaysia akan turut memberi sumbangan kepada para pengguna serta mereka yang memerlukan. Slogan kempen adalah “Kekal Dilindungi, Kebaikan Dikongsi” dan para pembeli boleh melakukan kedua-duanya dengan hanya membeli produk Dettol bernilai RM25 dalam satu resit. Bukan sahaja setiap pembelian menerima baucar ganjaran bernilai RM5, malah sebahagian daripada jualan akan disumbangkan kepada pertubuhan kebajikan terpilih.

 

 

 

 

The post KEKAL BERSIH DAN DILINDUNGI KETIKA HARI RAYA appeared first on Her Inspirasi.

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment