
Ramai terkejut dan masih bersedih akan pemergian salah seorang sukarelawan untuk Kementerian Kesihatan di Gaza akibat mati ditembak di bahagian dada. Mangsa Razan Ashraf Najjar merupakan tenaga medik perempuan Palestin berusia 21 tahun dan mati ditembak pasukan Israel pada Jumaat lalu.
Hanya kerana ingin menghulurkan bantuan kepada penduduk Palestin yang cedera, dia akhirnya terkorban dalam keganasan di sempadan selatan Gaza. Sayu hati apabila melihat ribuan penduduk Palestin menghadiri pengebumian sukarelawan tersebut. Mengalir air mata admin melihat kesengsaraan yang terpaksa ditanggung rakyat Palestin.
Semoga tenang di sana

Ribuan rakyat Palestin hadir pengebumian Razan



Nama ini akan disebut dalam perjuangan





Syahid untukmu, Razan



Sumber: Aqsa Syarif

0 comments :
Post a Comment