Fakta Mengenai Beg Tangan Mewah, Hermès Birkin Yang Ramai Tidak Tahu

Popular dengan rekaan skarf sutera bercetak, Hermès turut dikenali dengan ciptaan beg tangan yang terkenal di kalangan wanita dan para peminat fesyen seluruh dunia. Beg tangan rekaannya, Hermès Birkin adalah antara yang termahal di dunia. Hanya mereka yang berstatus sahaja yang mampu memiliki beg tangan ini kerana sebuah beg tangan Birkin dikatakan mampu mencecah dari $12,000 untuk saiz yang kecil sehingga $223,000 untuk yang bersaiz besar.

Namun, apa yang menyebabkan beg tangan ini begitu digilai ramai? Jelita kongsikan 10 fakta menarik tentang beg tangan Hermès Birkin yang ramai tidak tahu.

Idea untuk menghasilkan Hermès Birkin bermula pada sekitar 1981, apabila Jane Birkin, seorang artis dan penulis lagu yang berasal dari Britain dan berpangkalan di Perancis telah duduk bersebelahan dengan CEO Hermès yang pada waktu itu adalah Jean-Louis Dumas. Ketika dalam penerbangan tersebut, kebanyakan barangan peribadi milik Jane sering terkeluar dari beg tangan bakulnya.

The post Fakta Mengenai Beg Tangan Mewah, Hermès Birkin Yang Ramai Tidak Tahu appeared first on Her Inspirasi.

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment