Telekung Sedondon Ibu dan Anak

Ibadah harian pasti lebih bermakna jika dapat menyarung telekung yang mempunyai potongan selesa dan fabrik nyaman. Lebih teruja apabila telekung ibu dan si kecil sama padan sekali gus menyatukan paduan kasih si anak yang memandang si ibu sebagai role modelnya. Buat julung kalinya kartun Omar & Hana bersama Telekung Siti Khadijah menjayakan kolaborasi koleksi terhad Mama & Hana bersempena dengan Fiesta Omar & Hana. Edisi Mama & Hana ini dilancarkan serentak pada 26 April 2018 di Alamanda Shopping Centre, Putrajaya dan secara online di www.sitikhadijah.com.

“Team Siti Khadijah ‘berkampung’ selama empat hari di Centre Court, Alamanda Shopping Centre, Putrajaya pada 26 hingga 29 April 2018 bersempena Pelancaran Rasmi Telekung Mama & Hana. Pelbagai aktiviti menarik untuk kanak-kanak seperti kelas belajar solat di samping tawaran promosi, cabutan bertuah dengan hadiah menarik termasuklah Pakej Mengerjakan Umrah,” kongsi Mohammad Munzir Aminuddin, Pengarah Pemasaran Siti Khadijah Apparel Sdn Bhd.

Telekung Hana adalah telekung kanak-kanak yang diinspirasikan daripada watak Hana di dalam kartun animasi popular Omar & Hana. Ia hadir dengan dua pilihan warna ceria kombinasi biru dan kuning atau putih biru dengan riasan reben pada kepala menampilkan keceriaan pada wajah si cilik yang teruja untuk beribadah bersama si ibu.

Telekung Hana dijual pada harga RM99 sepasang, Kombo Mama dan Hana, RM205 setiap set dan Mini Beg Hana, RM34.90 dengan pilihan warna kuning dan pink.   Pelbagai hadiah Siti Khadijah seperti botol minuman, pouch bag, tasbih dan sticky note turut diberikan untuk setiap pembelian koleksi telekung ini.

“Follow” di Instagram: @telekung.sitikhadijah dan

“Like” Facebook Telekung Siti Khadijah.

 

The post Telekung Sedondon Ibu dan Anak appeared first on Her Inspirasi.

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment