Tak Sedar Dipatuk Ular, Ibu Dan Bayi Yang Disusukan Maut


NEW DELHI: Seorang wanita tidak menyedari dirinya dipatuk ular berbisa maut bersama anak yang disusukannya di India.

Wanita tersebut tidak menyedari kejadian susu badannya juga dicemari bisa haiwa yang mematuknya ketika mereka sedang tidur hingga mengakibatkan anak perempuannya yang meminum susu badan itu turut maut.

Menurut polis pada Jumaat, Wanita berusia 33 tahun dari negeri Uttar Pradesh tidak menyedari dia telah dipatut ular semasa bangun dari tidur dan kemudian menyusukan anak perempuannya.

Inspektor polis Vijay Singh berkata, mangsa dan anak perempuannya berumur tiga tahun jatuh sakit pada Khamis.

Jelas beliau, kedua-duanya meninggal dunia sebelum tiba ke hospital.

 Ular berkenaan berjaya dikesan oleh keluarga mangsa di bilik tetapi ia kemudian terlepas.

Menurut Vijay, bedah siasat dijalankan ke atas mangsa tetapi polis mengklasifikasikan kes tersebut sebagai kematian akibat kemalangan.

Sumber- The Telegraph
Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment