Rozita Che Wan & Aaisyah Dhia Rana Penyeri Jelita Edisi Mei 2018

Dua anak beranak paling jelita dan sentiasa menjadi tumpuan di laman media sosial, Rozita Che Wan & Aaisyah Dhia Rana kami paparkan sebagai penyeri edisi Mei tahun ini.

Sesi penggambaran yang diadakan secara eksklusif di Hotel Grand Millennium Kuala Lumpur menyaksikan kedua-dua ibu dan anak memberi aksi paling istimewa buat pembaca Jelita. Malah, Aaisyah cukup gembira dapat bermain dengan koleksi solekan YSL Beauty sewaktu ibunya sedang dirakam lensa Jelita.

Dalam wawancara untuk edisi cetak dan video kami, Rozita atau mesra dipanggil Che Ta, turut berkongsi cara dia dan suaminya, aktor Zain Saidin mendisiplinkan anak mereka. Selain itu, Che Ta turut berkongsi pandangannya bila ditanya tidak risaukah jika anak bongsunya yang comel itu menjadi tumpuan pihak tidak bertanggungjawab kerana kerajinan aktres dan usahawan ini berkongsi momen dan keletah menarik Aaisyah di Instagram.

Ketahui apa jawapan dan kisahnya yang terkini selain berapa pasang busana Raya yang Che Ta bakal sediakan untuk keluarganya dalam edisi Mei ini.

Menghampiri Ramadan al-Kareem ini, team Jelita kupaskan cara meraih keafdhalan dan mengeratkan hubungan kekeluargaan sepanjang bulan puasa ini. Dalam rencana Suami Isteri, ketahui cara merapatkan keintiman dengan pasangan, biarpun sedang berpuasa. Apa yang boleh, dan apa yang dilarang?

Bagi yang mementingkan kesihatan dan kecantikan kulit anda, apakah cara terbaik memastikan wajah tidak hilang penghidratan dan keanjalannya sepanjang bulan puasa ini? Nota Cantik Jelita mengupas aspek ini buat anda. Helaian Istimewa Raya yang Gembira menampilkan barisan produk kecantikan daripada History of Whoo, koleksi cantik Sasa (termasuk Cyber Colors, Dr G juga haruman terbaru), Sensez dan Bare for Bare yang dapat membantu anda mempersiapkan diri untuk Aidilfitri akan datang.

Jika anda sudah memulakan misi mencari busana raya serta aksesori bersesuaian, selak halaman Fesyen Bawah RM100 untuk seleksi tas tangan yang menawan dengan harga tidak menjerut poket anda. Selain itu, ayuh tampil bergaya dengan pilihan gaya top-to-toe yang santun dan polos namun tetap nampak anggun.

Menarik bulan ini, Marks & Spencer bekerjasama dengan team Jelita untuk menampilkan suai padan gaya Muslimah yang cukup kontemporari. Siapa sangka jenama high-street terkenal ini mempunyai helaian santun yang memikat.

Jangan terlepas peluang memenangi pelbagai hadiah menarik bernilai RM15,000 dalam edisi ini, khusus buat anda. Dapatkan edisi Mei, hari ini!

The post Rozita Che Wan & Aaisyah Dhia Rana Penyeri Jelita Edisi Mei 2018 appeared first on Jelita.

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment