Nabila Razali & Maria Farida Didakwa Pakai Baju Ciplak Jenama Antarabangsa?

Golongan selebriti dan fesyen memang tidak dapat dipisahkan. Tidak hairanlah apa jua yang disarungkan di badan mereka menjadi trend semasa oleh peminat masing-masing. Atas sebab itulah mereka dituntut supaya sentiasa bergaya dan up-to-date dengan stail semasa.

Lain pula jadinya apabila fesyen yang sepatutnya diambil inspirasi dari idea sedia ada jika ditiru bulat-bulat. Nabila Razali dan Maria Farida dilihat memakai persalinan yang agak menyerupai satu jenama antarabangsa, tapi sebenarnya direka seorang pereka fesyen terkemuka.

Didedahkan akaun pengkritik fesyen

Perkara ini ditimbulkan oleh akaun Instagram pengkritik fesyen, @i_knowfashion. Maria Farida dilihat memakai dress sendat off-shoulder dengan efek rambu ramba ketika pelancaran produknya baru-baru ini. Dress rekaan seorang pereka tempatan itu dilihat mempunyai persamaan dengan dress jenama antarabangsa, Balmain.

Apa yang lebih mencurigakan, pakaian rekaan pereka sama yang dipakai Nabila Razali ketika menghadiri satu majlis anugerah juga menyerupai jenama serupa. Dress hitam putih dengan hiasan kerawang dilihat mempunyai persamaan jelas antara satu sama lain.

Ramai yang boleh kantoikan

Menurut pengendali akaun yang tidak dikenali pemiliknya itu, pereka berkenaan sepatutnya meminta pelanggannya membeli terus dari Balmain kerana ianya lebih mudah.

Kenapa tak minta pelanggan beli saja dari Balmain. Senang kan? Dengan rekaan hampir sama, saya tak rasa ini adalah kebetulan. Ini sudah tentunya plagiarism.

Come on designers, tolong jadi bermaruah dan nyatakan kredit jika anda meniru dan mendapat inspirasi dari mana-mana pereka lain.

Bukan saja saya, ramai lagi peminat fesyen yang boleh melihat dan buat anda kantoi sekiranya anda melakukan peniruan sedemikian rupa.

Sumber: I_knowfashion

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment