Beberapa hari lepas Sharnaaz Ahmad menerusi laman Twitter telah memberi amaran kepada instafamous, Faiz Roslan berkenaan video parodi menari lucah ‘Lagi Syantik’. Walaupun pada awalnya keadaan agak tegang, Faiz Roslan kemudian mengambil keputusan memohon maaf.
Artikel berkaitan : ‘Aku Mungkin Cetek Bab Agama..’- Dikecam Hebat Kerana Ingin ‘Sebat’ Faiz Roslan, Ini Respon Sharnaaz Ahmad
Terbaru, pelakon otai, Nam Ron memberi pendapat Faiz Roslan berkelakuan sedemikian kerana terpengaruh dengan lakonan Sharnaaz di dalam drama Suami En Sotong. Ini respon Sharnaaz.
‘Dia tak patut marah sebab..’
Di Twitter, Nam Ron menulis Faiz Roslan mungkin terpengaruh dengan watak lembut yang pernah dibawa Sharnaaz di dalam drama suatu ketika dahulu. Malah, Nam Ron berpendapat dia tidak patut marah malah berbangga kerana watak lembut yang dibawanya berjaya memikat hati penonton.
‘Itu tandanya lakonannya berjaya’
Tahniah juga lakonan berkesan jadi penari lembut – Sharnaaz
Bertindak tidak mendiamkan diri, Sharnaaz turut memuji lakonan berkesan Nam Ron membawa watak penari lembut di dalam tarian klasik Kedah. Menurutnya, disebabkan watak tersebut ramai juga ‘tersign’ menjadi lembut.
Walaubagaimanapun, respon awal Sharnaaz telah pun dipadam.
Sumber : Sharnaaz Ahmad, Nam Ron
0 comments :
Post a Comment