Dalam Masa 24 Jam, Tabung Harapan Malaysia Mengumpul RM7 Juta


PUTRAJAYA: Selepas 24 jam penubuhannya, Tabung Harapan Malaysia (THM) yang berfungsi untuk mengurangkan hutang kerajaan Persekutuan kini telah mengumpul dana sumbangan lebih RM7 juta.

Menurut Menteri Kewangan Lim Guan Eng, beliau berasa terharu dan berterima kasih kepada rakyat Malaysia atas semangat yang ditunjukkan melalui sumbangan tersebut.

"Setakat 3 petang hari ini, dana yang terkumpul adalah RM7,075,508.79.

"Kita akan mengumumkan dana yang terkumpul setiap hari pada jam 3 petang melalui laman web Kementerian Kewangan,"
jelas Guan Eng.

Tambah beliau lagi, rakyat Malaysia yang telah memberi sumbangan kepada Tabung Harapan Malaysia layak untuk mendapat penolakan cukai. 

Sehubungan itu, beliau meminta penyumbang THM supaya menyimpan bukti atau resit berkaitan sebagaimana termaktub di Subseksyen 44(6) Akta Cukai Pendapatan.

"Oleh itu, sila simpan resit bagi tujuan tersebut," pesan beliau.

Apabila ditanya tentang apa yang bakal dilakukan kerajaan dengan dana yang terkumpul, Guan Eng berkata keseluruhan dana yang terkumpul akan dilakukan bagi menurunkan hutang negara.

"Dana ini tidak akan digunakan bagi kegunaan lain kecuali dengan membayar hutang negara," ulas Guan Eng dalam satu sidang media di Kementerian Kewangan hari ini. 
Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment