13 Fakta Tentang Hael Husaini

Berbekalkan minat mendalam terhadap muzik, dia cuba memperdagangkan bakat yang ada untuk memenangi hati industri muzik tempatan walaupun kini lebih selesa bergerak secara solo.

 

 

Dia lebih dikenali sebagai salah seorang anggota kumpulan duo Azhael bersama temannya Azhar Osman setelah berjaya mendapat tempat kedua dalam Akademi Fantasia Musim ke-10.

 

Tahun ini menyaksikan perubahan besar dalam susur kehidupan Hael, pabila dia mengambil keputusan untuk berundur diri dari kumpulan yang memperkenalkan namanya. Kehidupan seperti ombak yang bergelora, kadang kala berada di atas, kadang kala pula berada di bawah. Pengunduran ini sedikit pun tidak menjejaskan misi Hael untuk lebih berjaya dalam industri, bahkan dia mula mencorak langkah sebagai seorang penulis dan penerbit lagu.

 

Kejayaannya sebagai orang di sebalik tabir dalam industri terbukti pabila salah satu lagu ciptaannya dipilih dan dinyanyikan sendiri oleh ikon Malaysia, Dayang Nurfaizah. Single Jampi juga mendapat perhatian di luar jangka selain terlibat sama dalam persembahan An Intimate Evening with Afgan & The Gandarianz sebagai penyanyi jemputan untuk Afgan Reza.

 

Masa depannya ternyata cerah, jadi EH! merebut peluang untuk mengenali jejaka ini dengan lebih dekat lagi.

 

1. ANDA MENGUMUMKAN UNTUK BERUNDUR DARIPADA AZHAEL. BOLEH ANDA HURAIKAN SEDIKIT MENGENAI PENGUNDURAN INI?

Azhael dibubarkan pada awal Februari 2017 atas nasihat pihak pengurusan dan kami juga bercadang untuk berpisah kerana ingin membawa haluan masing-masing. Azhar sendiri rezeki dia lebih banyak dalam bidang lakonan manakala rezeki saya lebih kepada muzik. Kami tidak mahu menghalang aktiviti masing-masing oleh itu kami mengambil keputusan untuk berpisah.

The post 13 Fakta Tentang Hael Husaini appeared first on EH!.

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment