[VIDEO] Menangis Pertama Kali Lihat Jeanelle, Ucapan Jovian Buat Netizen Terharu

Pereka fesyen terkenal, Jovian Mandagie dan isterinya, Nina Ismail telah selamat menimang cahaya mata pada 1 November tahun lalu. Bayi perempuan yang diberi nama Jeanelle Nika Mandagie sering mendapat perhatian netizen kerana kecomelannya. Tidak hairanlah, anak mereka sudah mempunyai pengikut tersendiri di laman Instagram.

Baru-baru ini pasangan ini telah mengadakan majlis aqiqah untuk puteri comel mereka. Memang meriah habis, dah macam majlis kahwin. Namun, apa yang membuatkan netizen terharu adalah ucapan Jovian sendiri.

Semoga jadi prihatin

Jeanelle, kau adalah kurniaan Allah yang terindah bagi Mommy & Daddy, kau lah juga penyeri hidup, penawar pahit setiap hari. Kamu juga yang memberi semangat untuk daddy kerja dan berjuang lebih keras supaya boleh mendidik dan mengasuh kamu menjadi anak yang Berjaya dunia dan akhirat. ?Jadilah kau anak yang solehah, anak yang prihatin, dan sentiasa sayang pada Ibu, Bapa dan keluarga. Jangan lupa solat, Jangan lupa Allah, dan jangan lupa juga agamamu

I hope, one day you will understand what love means. We will always love you J.

Watch and enjoy the full video on youtube. Link is attached at my bio.

Youtube : Aqeeqa : Jeanelle Nika Mandagie

Video penuh Aqiqah

Video yang berdurasi 5 minit itu berjaya disunting oleh flukx films. Manakala, deko pelamin anak Jovian direka oleh pereka terkenal The Calla. Kalau sebelum ini, pereka ini viral apabila berjaya mereka pelamin Yuna dan pasangannya. Kali ini, sekali lagi pelamin Jeanelle yang dianggarkan 50K itu berjaya menjadi tarikan netizen.

Ramai tersentuh

Sumber : Jovian Mandagie

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment