Shila Amzah Melakar Kejayaan Single Mandarin Di Global China Music Chart

Umum sedia maklum, penyanyi popular Shila Amzah telah berjaya melebarkan sayap kariernya di negara China. Nama dia mula hit di negara China sejak memenangi Asian Wave pada tahun 2008. Sekali gus penyanyi ini telah membanggakan rakyat Malaysia kerana mengharumkan nama negara di persada antarabangsa. Kini, dia masih aktif melancarkan single berbahasa Mandarin di bawah syarikat rakaman miliknya.

Terbaru, penyanyi ini telah berjaya memenangi anugerah di acara Global China Music Chart for CCTV di negara China. Tahniah, kami ucapkan atas kejayaan Shila Amzah!

Tahniah Rú gu wo men lo le

Lagu berjudul Rú gu wo men lo le merupakan lagu terbaru bahasa Mandarin nyanyian Shila Amzah. Dia yang telah memenangi tempat kedua di Global China Music Chart meluahkan rasa bersyukur dan tidak menyangkakan kemenangan ini.

Undian ditempat kedua

Bagaimanapun, persembahan Shila menerusi lagu ini telah meraih undian sebanyak 66351 undi dan menobatkan dia dikedudukan kedua.

Doa rakyat Malaysia

Tahniah, Shila Amzah atas kemenangan ini. Doa dari peminat Malaysia sentiasa mengiringi setiap usaha Shila mengharumkan nama negara.

Credit: Shila Amzah

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment