Setiap cabaran dan masalah yang dihadapi dalam perjalanan kehidupan anda bertujuan mematangkan anda. Masalah dalam perkahwinan pula sebenarnya untuk lebih mendekatkan kita kepada pasangan dengan syarat setiap masalah yang dihadapi tersebut diusahakan jalan penyelesaiannya.

Kredit: INGImage
Cabaran paling besar ialah apabila kesetiaan diuji iaitu kekurangan pasangan dan wujudnya orang ketiga. Perlu difahami bahawa tiada manusia yang sempurna. Kekurangan pasangan adalah perkara biasa dan perlukan kerjasama untuk menukarkan menjadi sesuatu yang istimewa dengan ditampung oleh kelebihan pasangan. Jika cabaran ini diatasi bersama kebahagiaan akan dicapai.
Antara panduan yang boleh diamalkan untuk kekalkan perkahwinan supaya sentiasa segar bugar:
- Ikhlas terima pasangan seadanya
Pasangan adalah amanah bukan semata sebagai teman hidup. Seadanya pun masih dikecualikan bagi perkara atau sikap yg boleh diubah dan perlu berubah demi kebajikan perkahwinan.
- Usaha sedaya upaya laksana tanggungjawab
Tanggungjawab paling utama bagi kedua suami isteri ialah menyayangi dan mencintai pasangan. Atas nama cinta, tanggungjawab lain akan lebih mudah dilaksanakan dan segalanya ini perlu diusahakan sedaya upaya tanpa mudah mengharapkan toleransi pasangan.
- Praktikkan komunikasi unggul
Komunikasi bermaksud menyampaikan mesej yang difahami oleh orang lain dengan segala bentuk dan cara. Komunikasi yang perlu dipraktikkan ialah sentiasa berterus terang dan berbincang dalam keadaan yang harmoni dan penuh kewarasan. Hanya perlu pastikan pertengkaran anda adalah pergaduhan yang selamat.
- Teladani Rasulullah SAW
Rasulullah SAW adalah suami yang paling baik dalam melayan isteri-isteri Baginda. Terdapat banyak sunnah Rasulullah SAW dalam kehidupan berumah tangga yang boleh diteladani seperti mencium isteri dan mandi bersama bukan hanya poligami.
- Wujudkan keseimbangan antara kerjaya dan rumahtangga
Kerjaya ialah sama penting dengan keluarga. Terlalu pentingkan kerjaya hingga mengabaikan pasangan dan rumah tangga boleh memberikan impak negatif. Perlu sentiasa fokus dalam melaksanakan rutin harian ketika bekerja serta kerja dirumah agar masih ada ruang masa untuk bersama pasangan dan anak.
- Disiplinkan diri dengan gajet
Teknologi dicipta untuk memudahkan tetapi andai disalah guna, boleh merosakkan pula. Telefon bimbit yang semakin pintar kerap menjadikan manusia lalai. Mendisiplinkan diri dengan penggunaannya agar pasangan dan anak mendapat cukup masa untuk meluangkan masa bersama.
- Praktikkan bulan madu tahunan
Tidak perlu pergi jauh atau keluarkan duit yang banyak. Memadai peruntukkan masa khusus bersama pasangan setiap kali tiba tarikh bersejarah hari ulang tahun perkahwinan dan mengimbau saat manis dan kembali menyemarakkan cinta anda bersama pasangan.
- Solat dan doa
Usahakan untuk solat berjemaah dan doa agar dipermudahkan segala urusan rumah tangga. Berdoa agar dikekalkan kasih sayang buat pasangan dan diberikan kekuatan bagi menghadapi segala cabaran mendatang serta kekal bahagia hingga ke akhir hayat.
The post Segarkan Hubungan Perkahwinan Sepanjang Hayat appeared first on Jelita.
0 comments :
Post a Comment