Legasi Johnson’s® Berterusan Rai Ulang Tahun Ke-125

Johnson’s® tahun ini menyambut ulang tahun yang ke-125. Bagi menghargai pelanggan dan para pengguna yang sentiasa setia bersama produk ini, Johnson’s® mengadakan peraduan Johnson’s®125 Years untuk berpeluang memenangi kotak tin vintaj edisi terhad bersama cetakan khas nama pengguna di atasnya serta produk berkenaan.

Christy Yong, Pengurus Pemasaran Kanan Johnson & Johnson Malaysia berkongsi warisan selama 125 tahun ini dibina hasil daripada sokongan para ibu dari beberapa generasi yang mempercayai Johnson’s® untuk menjaga kulit halus bayi mereka.

Mengulas mengenai kejayaan Johnson’s® sejak 125 tahun dalam mendapatkan kepercayaan para ibu dan pengamal kesihatan di seluruh dunia, Christy berkata bahawa jenama ini sangat memahami tentang kulit bayi melalui penyelidikan dan inovasi produk secara berterusan yang bukan sahaja membantu ibu menjaga anak-anak mereka, tetapi juga mengeratkan lagi hubungan mereka melalui ikatan kasih sayang ibu dan bayi.

Beberapa inovasi utama Johnson’s®termasuk:

  • Jenama pertama menghasil dan memasarkan produk pembersihan yang dirumuskan supaya lembut dan selamat pada mata bayi iaitu “NO MORE TEARS”
  • Satu-satunya jenama yang mempunyai rutin tiga langkah sebelum tidur yang telah terbukti dapat membantu bayi supaya tidur lebih cepat, lebih nyenyak dan mengurangkan kekerapan bangun pada waktu malam.

Peraduan ini direka khas untuk membawa ibu dan bayi mereka bersama-sama dan memberikan peluang yang sempurna untuk ibu bapa berkongsi detik-detik istimewa mereka dengan Johnson’s® sama ada mereka menggunakan produk pada bayi mereka atau untuk diri sendiri.

Sebanyak 1000 unit kotak tin vintaj edisi terhad ditawarkan untuk dihadiahkan kepada pengguna Johnson’s® yang setia dan bertuah. Untuk mengambil bahagian, peserta hanya perlu mengambil foto kenangan kegemaran bersama produk Johnson’s®, tuliskan kapsyen ringkas yang menggambarkan kenangan tersebut dengan hashtag #Johnsons125Years, dan muat naiknya di laman Facebook sendiri. Setiap minggu, 125 pemenang dengan penyertaan yang terbaik akan dipilih untuk menerima hadiah.

Untuk maklumat lanjut tentang peraduan ini, layari laman Facebook Johnson’s®Malaysia @JohnsonsbabyMY.

The post Legasi Johnson’s® Berterusan Rai Ulang Tahun Ke-125 appeared first on Jelita.

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment