evian® berganding bahu dengan Chiara Ferragni untuk mencipta satu koleksi ikon Edisi Terhad evian® baru. Ini menandakan era baru bagi siri Edisi Terhad evian® yang kini menjadi ikon, satu dekad selepas kolaborasi rekaan fesyen pertama jenama tersebut dengan Christian Lacroix.
Dalam koleksi edisi terhad terbaru ini, evian® memberikan kesegaran wajah baharu dengan sentuhan keanggunan dan kenakalan Chiara Ferragni yang mengusik jiwa.

Koleksi Edisi Terhad evian® Chiara Ferragni menerapkan motif lambang yang mencipta kemasyhuran menerusi label CHIARA FERRAGNI dengan eponimnya yang tersendiri. Beliau juga menokok empat ikon eksklusif baharu evian®, diilhamkan oleh ceritera jenama. Ini termasuk banjaran gunung dengan bintang-bintang di puncaknya yang mewakili pergunungan Alps Perancis, lakaran botol menusuk hati, bintang terendam air dan setitis air mineral semula jadi evian® tulen. Rekaannya yang mencerminkan semangat lepas bebas, disatukan dengan semangat ikon hati muda evian® “live young” dan memperlihatkan sentuhan kenakalannya sendiri dalam mencipta fesyen.
“Saya sangat teruja untuk menyertai keluarga evian® dalam pengembaraan baharu ini. Saya gemar mencipta sesuatu yang berlainan sama sekali daripada apa yang saya biasa lakukan dengan jenama saya – seperti imaginasi elemen baru untuk label saya,” kata Chiara Ferragni.

Bermula dari 6 Mac hingga 2 April 2018, anda berpeluang untuk memenangi hadiah utama dalam bentuk baucar membeli-belah bernilai RM4,800 di Robinsons atau lima hadiah saguhati berupa set gelas Edisi Terhad evian® x CHIARA FERRAGNI.
Untuk menyertai, beli dua botol air evian® x CHIARA FERRAGNI Edisi Terhad, ambil gambar botol tersebut dengan gaya menarik dan kongsikan di #ChiaraFerragniCollection untuk #evianMY. Layari laman Facebook evian® di www.facebook.com/evian untuk maklumat lanjut.
Koleksi Edisi Terhad evian® x CHIARA FERRAGNI dalam botol PET Prestige 50cl boleh didapati di Malaysia secara eksklusif di 7-Eleven bermula Mac 2018 pada harga RM5.40.
The post Kolaborasi Istimewa evian® x Chiara Ferragni appeared first on Jelita.

0 comments :
Post a Comment