Jenis Curang Dalam Perkahwinan Yang Perlu Anda Tahu

Curang atau enggan bermadu telah menjadi faktor utama kepada peningkatan kes penceraian yang berlaku di negara. Hari ini, makin kerap kisah kecurangan yang mula dikaitkan dengan laman sosial media dan aplikasi chatting. Jelita senaraikan tiga jenis kecurangan dalam perkahwinan yang perlu anda tahu.
 

Gambar: Shutterstock


 
Hubungan Secara Emosi

Melibatkan emosi seperti perasaan sayang, cinta dan lain perasaan romantis terhadap orang ketiga. Mereka yang terlibat dengan kecurangan seperti ini mencari intimasi namun masih memberi komitmen pada perkahwinan sedia ada dan biasanya tidak mahu berpisah.
 
Hubungan Secara Seksual

Kecurangan seksual adalah segala bentuk kelakuan yang melibatkan sentuhan intim, ciuman, pelukan, hubungan seksual atau aktiviti masturbasi. Kecurangan sebegini didorongi rasa ingin memuaskan nafsu.
 
Hubungan Secara Emosi Dan Seksual

Kecurangan yang melibatkan hubungan emosi dan seksual adalah ancaman paling berbahaya bagi sesebuah perkahwinan. Ini kerana hubungan sebegini dikuasai oleh kasih sayang, pengalaman dan saat indah bersama serta kenikmatan seksual.

The post Jenis Curang Dalam Perkahwinan Yang Perlu Anda Tahu appeared first on Jelita.

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment