Inspirasi Cinta Episod 1: Takdir Menemukan

Sinopsis Episod 1

Lima tahun Ardiansyah menetap di kota Jakarta bersama bapanya. Setelah puas dipujuk ibu, barulah dia pulang. Jauh sekali rajuknya. Sekembalinya Ardiansyah di Kuala Lumpur, dia segera ke kafe biasa dikunjunginya lima tahun lalu. Menikmati teh tarik di situ, jauh lebih enak. Lamunannya jauh melayang dan kenangan lama mengusik jiwa. Dia lantas pergi.
Melissa melangkah masuk dan duduk di meja biasa diduduknya. Dia terpandangkan segelas teh tarik yang ditinggalkan di situ. Lantas banyangan kisah lama menjelma. Tiba-tiba ada suara lelaki menegur. Oh, mungkin pemilik tempat ini sebelumnya. Oh, tertinggal kaca mata. Melissa menoleh terlihat lelaki yang sangat dikenalinya…
Bersambung…

Sesuatu bakal menemui anda pada bermula 9 April ini di Pavilion, Kuala Lumpur yang dibawakan khas oleh Blu Inc Media Sdn Bhd. Seiring dengan itu, enam majalah Bahasa Melayu di bawah naungan Blu Inc Media iaitu, EH! Cosmopolitan, Glam Malaysia, Glam Lelaki, Glam Deko dan Majalah Jelita mempersembahkan drama mini khas yang menampilkan gandingan hebat Miller Khan dan Ain Edruce. Mini siri ini mempunyai empat episod semuanya.

The post Inspirasi Cinta Episod 1: Takdir Menemukan appeared first on Jelita.

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment